Angkat Tema 'Flex Your Art', Aina Abdul & Ezra Kairo Dominasi Kategori Gempak Most Wanted Awards 2024
Astro kembali mengangkat pilihan pengguna media sosial menerusi penganjuran Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024 dengan pengumuman calon Top 5 pada sidang media eksklusif yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.
Anugerah berprestij di bawah jenama Astro Gempak ini merangkumi 11 kategori termasuk Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak dan Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.
Edisi tahun 2024 turut memperkenalkan anugerah khas Keluang Man of the Year yang mengiktiraf individu yang memberi impak positif dalam komuniti, juga anugerah utama Gempak Most Wanted 2024 untuk calon yang mendapat undian tertinggi secara keseluruhan.
Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2024 termasuk penyanyi popular Aina Abdul yang kembali mendominasi persaingan kali ini dalam tiga kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’ (Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, bersama Fabio Asher), ‘Program Digital Tergempak’ (Confession Bilik Gelap), dan juga menerusi lagunya Puas Sudah dalam ‘Video Muzik Tergempak’.
Pemenang anugerah utama edisi 2023, pelakon Anna Jobling, turut kembali tercalon dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’ bersama-sama pelakon pecah panggung Amir Ahnaf, Meerqeen, Erysha Emyra dan Scha Elinnea.
Manakala kategori ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak’ yakni antara pecahan terbaharu dalam senarai kategori GMWA 2024 menampilkan personaliti media sosial kegemaran ramai seperti Sofea Shra, Hawa Johanis, Malia Baby, Agy dan Yana Hassan sebagai calonnya.
Meneruskan tradisi meraikan pencapaian individu yang mencetuskan fenomena di media sosial, GMWA 2024 juga menampilkan lagu tema baharu bertajuk ‘Gempak Most Wanted’, hasil nyanyian duet penyanyi terkenal Hael Husaini dan Nadeera Zaini.
GMWA 2024 turut mencatat sejarah baharu menerusi undian fasa pertama, yang berlangsung dari 28 November hingga 28 Disember 2024. Jumlah undian merekodkan pencapaian luar biasa sebanyak 9.5 juta, iaitu lapan kali lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya iaitu1.3 juta undian.
Mengulas kejayaan ini, Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio, Astro, berkata, “Peningkatan undian yang luar biasa tahun ini mencerminkan sokongan serta minat mendalam rakyat Malaysia terhadap GMWA.
"Rekod ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan GMWA sebagai platform utama meraikan bakat dan personaliti digital, tetapi juga menjadi inspirasi buat kami untuk membawa edisi 2024 ke tahap yang lebih gemilang. Kami amat berbesar hati dan teruja untuk terus meraikan kejayaan ini bersama para peminat dan komuniti digital.”
GMWA 2024 bakal menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Tema ini menjadi platform untuk meraikan nilai dan keistimewaan setiap ciptaan, memupuk rasa bangga secara positif, serta menginspirasi keberanian berkongsi karya di pentas dunia tanpa batasan.
Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Bakal membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, sebuah band popular dan bintang dari seberang.
Lagu/Audio Tergempak 2024:
Program Digital Tergempak 2024:
Drama Tergempak 2024:
Video Muzik Tergempak 2024:
1. Belum Mulai - Insomniacks & Nabila Taqiyyah
Digital Creator (E-Sport) Tergempak 2024:
Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024:
1. Acap S
Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024:
1. Agy
Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024:
Selebriti Tergempak 2024:
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.