Impian Tercapai! Sofea Shra Teruja Tercalon Top 5 ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024’ - “Tak Jangka Tapi Sangat Berharap”
Dulu Hadir Sebagai Penyampai, Kini Sebagai Calon
Sofea meluahkan rasa syukur rezeki memihak kepadanya pada tahun ini kerana dia pernah hadir ke GMWA pada edisi terdahulu sebagai penyampai anugerah.
“Ini pertama kali saya tercalon. Tahun lepas pihak GMWA ada approach saya tapi sebagai penyampai anugerah saja.
“Saya gembira sangat dapat tercalon sampai top 5. Saya tak jangka tapi sangat berharap sebenarnya,” katanya kepada Gempak.
Ada Kelebihan Tersendiri
Bakal bersaing dengan empat pempengaruh kecantikan lain, Sofea menyifatkan semua calon mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Semua berusaha keras untuk bolos top 5. Bukan senang nak dapat. Jadi semua layak untuk berada di top 5.
“Saya doakan maju jaya buat kita semua,” ujarnya teruja.
Belajar Sendiri Ilmu Kecantikan
Mula meminati perihal kecantikan sejak umur 12 tahun, Sofea mendedahkan dia tidak tahu bagaimana untuk bersolek pada awalnya namun sentiasa belajar sesuatu ilmu kecantikan sebelum menceburi bidang kandungan digital.
“Masa mula saya buat beauty, saya tak reti makeup pun, bila belajar baru buat content,” kongsinya.
Gempak Most Wanted Awards 2024
Sofea Shra tercalon dalam kategori ‘Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024’ di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24).