Artis Korea

Baju MV Dynamite BTS Catat Bidaan Paling Tinggi, RM658,000 Untuk Majlis Amal

Mya Amri
03/02/2021
14:00 MYT
Sponsor Banner
Baju MV Dynamite BTS Catat Bidaan Paling Tinggi, RM658,000 Untuk Majlis Amal
Mengagumkan! Itulah ayat yang boleh diungkapkan apabila kesemua busana yang dipakai oleh kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS dalam muzik video Dynamite berjaya dilelong dengan harga paling tinggi.
Difahamkan harga lelongan ketujuh-tujuh busana berwarna pastel itu mencecah RM658,000 ($162,500).
Menurut laporan media Japan’s Oricon News, pakaian itu dibida oleh seorang usahawan Jepun, Maezawa Yusaku dan Youtuber popular, Hikakin.
Sesi bidaan itu dianjurkan oleh Julien's Auctions, berpangkalan di Beverly Hills, Amerika Syarikat.
Kesemua hasil lelongan amal ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan MusiCares.
Ia bertujuan untuk membantu karyawan-karyawan seni yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda seluruh dunia.
Proses lelongan itu juga bakal didedahkan menerusi saluran YouTube oleh pembidanya tidak lama lagi.
Sebelum ini, BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook juga pernah menyumbangkan mikrofon peribadi mereka untuk dilelong dalam majlis kebajikan yang sama beberapa tahun lalu.
Sekadar info, single Dynamite berjaya mencipta sejarah apabila BTS digelar penyanyi Korea Selatan pertama tercalon dalam anugerah muzik berprestij, Grammy.
BTS tercalon dalam kategori Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik.
Anugerah Grammy ke-63 bakal berlangsung pada 21 Mac ini.
Sumber: Koreaboo / Allkpop
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar