Artis Korea
Bakal Buat Kemunculan Semula, 2PM Hanya Tunggu Kepulangan Junho!
Kumpulan K-Pop 2PM mengumumkan bakal membuat kemunculan semula tahun ini.
2PM memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini.
Menurut 2PM, mereka akan kembali aktif selepas kepulangan anggota kumpulan terakhir mereka iaitu Junho.
“Dengan kehadiran kesemua anggota kumpulan, kami berenam akan bersama-sama menghasilkan content-content berkualiti untuk peminat.
“Kami akan kembali untuk memeriahkan industri muzik, nantikan kemunculan kami tahun ini!" tulis 2PM.
— 2PM (@follow_2PM) January 14, 20212PM yang dianggotai oleh Nickhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho, Chansung dan Jun. K ini ditubuhkan pada 4 September 2008.
Antara lagu-lagu popular adalah Again & Again, Heartbeat, I'll Be Back dan Hands Up.
Untuk pengetahuan, 2PM berehat sebentar dari industri sejak tahun 2016 berikutan komitmen masing-masing terhadap latihan khidmat ketenteraan.
Kini hampir kesemua anggota 2PM telah bersama dan mereka hanya menunggu kepulangan Junho yang dijadualkan tamat latihan ketenteraannya pada 20 Mac depan.
Must-Watch Video