Artis Korea

Bintang Squid Game, Oh Young Soo Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

Maliah Surip
26/11/2022
13:55 MYT
Sponsor Banner
Bintang Squid Game, Oh Young Soo Dituduh Lakukan Gangguan Seksual
Baru menjadi kebanggaan industri perfileman Korea Selatan apabila menjadi bintang pertama dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Golden Globe, nama aktor veteran Oh Young Soo kini hangat dengan kontroversi.
Bintang Squid Game berusia 78 tahun itu dituduh melakukan gangguan seksual.
Perlakuan tak senonoh itu didakwa terjadi pada tahun 2017 silam, seperti dilaporkan oleh seorang wanita.
Kerana laporan tersebut, Young-soo dijatuhkan tuduhan melakukan gangguan seksual, lapor BBC.
Mengikut fakta kes, pada Disember tahun lalu seorang wanita melaporkan kepada pihak berkuasa telah menerima gangguan seksual dari Young-soo.
Kes tersebut bagaimanapun telah ditutup pada April tahun ini tanpa sebarang tuduhan dijatuhkan ke atas aktor tersebut.
Namun atas permintaan mangsa, kes tersebut telah dibuka semula untuk pendakwaan.
Lantaran itu, Yeong-su kini dijatuhi tuduhan tanpa ditahan pihak berkuasa.
Sementara itu, Young Soo menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada JTBC, Young Soo mendakwa dia hanya memegang tangan wanita itu untuk membantunya bersiar siar di sebuah tasik.
“Saya hanya memegang tangannya untuk menunjukkan jalan dan bersiar siar di kawasan tasik.
“Saya minta maaf kerana dia mengatakan tidak akan menghebohkan kejadian ini. Namun ini tidak bermakna saya mengaku dakwaan yang dibuat ke atas saya,” kata Young Soo.
Kontroversi yang tercetus bagaimanapun tetap memberi impak kepada karier aktor yang menjadi pemain paling tua dalam naskhah berbentuk ‘permainan’ yang ditayangkan di Netflix itu.
Pihak Kementerian & Kebudayaan Seoul telah mengarahkan penarikan semua naskhah atau iklan yang membabitkan bintang itu di kaca televisyen.Baru menjadi kebanggaan industri perfileman Korea Selatan apabila menjadi bintang pertama dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Golden Globe, nama aktor veteran Oh Young Soo kini hangat dengan kontroversi.
Bintang Squid Game berusia 78 tahun itu dituduh melakukan gangguan seksual.
Perlakuan tak senonoh itu didakwa terjadi pada tahun 2017 silam, seperti dilaporkan oleh seorang wanita.
Kerana laporan tersebut, Young-soo dijatuhkan tuduhan melakukan gangguan seksual, lapor BBC.
Mengikut fakta kes, pada Disember tahun lalu seorang wanita melaporkan kepada pihak berkuasa telah menerima gangguan seksual dari Young-soo.
Kes tersebut bagaimanapun telah ditutup pada April tahun ini tanpa sebarang tuduhan dijatuhkan ke atas aktor tersebut.
Namun atas permintaan mangsa, kes tersebut telah dibuka semula untuk pendakwaan.
Lantaran itu, Yeong-su kini dijatuhi tuduhan tanpa ditahan pihak berkuasa.
Sementara itu, Young Soo menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada JTBC, Young Soo mendakwa dia hanya memegang tangan wanita itu untuk membantunya bersiar siar di sebuah tasik.
“Saya hanya memegang tangannya untuk menunjukkan jalan dan bersiar siar di kawasan tasik.
“Saya minta maaf kerana dia mengatakan tidak akan menghebohkan kejadian ini. Namun ini tidak bermakna saya mengaku dakwaan yang dibuat ke atas saya,” kata Young Soo.
Kontroversi yang tercetus bagaimanapun tetap memberi impak kepada karier aktor yang menjadi pemain paling tua dalam naskhah berbentuk ‘permainan’ yang ditayangkan di Netflix itu.
Pihak Kementerian & Kebudayaan Seoul telah mengarahkan penarikan semua naskhah atau iklan yang membabitkan bintang itu di kaca televisyen.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar