Artis Korea
Gara Gara Perkataan ‘Hiatus’; Bawa Bertenang BTS Tak Berehat, Ini Penjelasan Hybe
Pada saat peminat BTS di seluruh dunia dikejutkan dengan berita kumpulan paling berpengaruh dari Korea Selatan tersebut akan berehat sementara, agensi Hybe pula tampil dengan kenyataan yang boleh dijadikan sebagai ‘penyelamat’ kegusaran.
Hybe menerusi kenyataan seperti dilaporkan AP menegaskan BTS tidak akan berehat untuk jangka masa lama, tetapi setiap anggotanya memberi fokus terhadap projek solo masing masing.
“BTS tidak akan berehat. Setiap anggotanya hanya akan memberi fokus kepada projek solo masing masing,” kata kenyataan tersebut.
Sebelumnya, BTS melalui sebuah video mengatakan akan berehat sebagai sebuah kumpulan sewaktu merayakan ulang tahun ke-9 penubuhan mereka.
Ketujuh tujuh anggota kumpulan yang sangat popular menerusi hit seperti Butter dan Dynamite itu berbicara mengenai perancangan masa hadapan mereka.
Dalam kemunculan itu, Suga bertanya kepada anggota BTS yang lain mengapa mereka perlu ‘hiatus’ atau erti lainnya berehat.
Mereka juga bercakap tentang jadual kerja yang terganggu sepanjang pandemik COVID 19 melanda termasuk persembahan yang ditunda serta pelancaran karya baru yang juga mengalami masalah sama.
BTS kemudian menyinggung mengenai perancangan dan idea sekiranya mereka bergerak secara solo dengan impian masing masing.
Lantaran diskusi tersebut dilakukan dalam bahasa Korea, sarikata bahasa Inggeris kemudian menggunakan perkataan ‘hiatus’ (berehat) pada video tersebut sehingga menimbulkan khabar BTS akan berehat.
Minggu lalu BTS melancarkan tiga disc antologi album berjudul Proof.