Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Artis Korea

Marry My Husband: Park Min Young Rela Potong Rambut Selepas 10 Tahun & Berlakon Tanpa Mekap

Mya Amri 09/02/2024 | 11:55 MYT
Pelakon terkenal Korea, Park Min Young mengakui antara pengorbanan terbesar yang dilakukan demi karakter dalam drama popular, Marry My Husband adalah memotong rambutnya.
“Karakter saya kali ini sangat berbeza berbanding naskhah naskhah romantik komedi yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Dan untuk drama ini juga saya telah memotong pendek rambut saya buat pertama kali dalam masa 10 tahun. Sebenarnya semasa dalam drama itu rambut saya lebih pendek,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Min Young berkata karakter Kang Ji Won yang merupakan seorang pesakit kanser itu benar benar memberikan cabaran buat dirinya.
“Selain rambut, ini juga merupakan kali pertama saya melakonkan watak dengan mendedahkan wajah tanpa sebarang solekan di hadapan kamera.
“Saya cabar diri saya dengan pelbagai cara dan itulah yang saya cuba dari aspek luaran. Manakala dari aspek dalam pula karakter itu benar benar memberikan cabaran buat saya diri sendiri,” ujarnya.
Selain Min Young, drama Korea yang tular ini juga turut dibintangi oleh Na In Woo sebagai Yoo Ji Hyuk, Lee Yi Kyung (Park Min Hwan), Song Ha Yoon (Jung Soo Min) dan Lee Gi Kwang (Baek Eun Ho).
Jangan lupa saksikan Marry My Husband menerusi platform penstriman Over The Top (OTT), Prime Video.
#Artis Korea #Make Up #Park Min Young #Prime Video #K Drama #Marry My Husband
;