Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Artis Korea

“Mungkin Terlalu Besar Tapi…” - Nadin Amizah Teringin Berkolaborasi Dengan Hyukoh

Mya Amri 23/01/2023 | 12:45 MYT

Penyanyi Indonesia, Nadin Amizah menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan Hyukoh iaitu pemuzik Korea yang amat dikaguminya.

Walaupun mengetahui perkara itu agak sukar untuk direalisasikan namun Nadin berkata sebagai pemain muzik, tidak salah untuk dia memasang impian sedemikian.

“Ada seorang pemuzik yang saya sangat-sangat suka dan saya rasa sangat jauh cita-citanya untuk dijadikan realisasi.

“Dia bukan orang Indonesia tetapi adalah orang Korea. Namanya Hyukoh, saya sangat sukakan dia,” katanya ketika ditemui Gempak.

Jelas Nadin lagi, Hyukoh menghasilkan muzik yang sangat bagus dan itu antara faktor membuatkan dirinya tertarik pada band Korea itu.

“Bagi bagi saya dia adalah seorang pemuzik yang hebat dan bukan cuma K-Pop idol semata-mata. Muziknya bagus sekali.

“Saya teringin sangat andai kata satu hari nanti… Baiklah mungkin angan-angan ni terlalu besar tetapi jika ada rezeki, insya-Allah saya mahu sekali berkolaborasi dengannya,” ujar Nadin.

Nadin sebelum ini dikenali menerusi lagu-lagu seperti Bertaut, Sorai, Seperti Takdir Yang Kita Tulis dan Rumpang.

Penyanyi berusia 23 tahun ini baru sahaja selesai menjayakan konsert sulungnya, Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Penyanyi Indonesia #Nadin Amizah #Hyukoh #Penyanyi Korea
;