#OhDaebak: Ini Senarai Tiga Lagi K-Drama Baru Yang Patut Ada Dalam List!
Bagi peminat drama Korea… Hellooooo! Korang jangan sangka boleh berehat tau sebabnya masih banyak lagi yang bakal ditayangkan.
Para pelakon pula bukan calang-calang ya, semuanya dikenali dengan lakonan yang mantap.
Kalau dulu ada drama hit seperti Business Proposal, Twenty Five Twenty Nine dan Juvenille Justice, kali ini lain pula kisahnya.
Jadi #OhDaebak berikan beberapa judul K-drama yang patut ada dalam senarai korang.
Pelakon: Yoon Kyun Sang & Lim Ji Yeon
Merupakan sebuah drama thriller-misteri yang mengisahkan seorang wanita kembali ke tempat yang ditakutinya iaitu sebuah apartment untuk mencari kakaknya yang telah hilang.
Ji Na (Lim Ji Yeon) adalah seorang pekerja hotel yang menjadi kehidupan biasa namun disebabkan kehilangan kakaknya, dia kembali ke rumah keluarganya di Rose Mansion untuk menjejaki keberadaan kakaknya.
Min Soo (Yoon Kyun Sang) pula adalah seorang detektif yang sedang menyiasat kes wanita hilang itu.
Bagaimanapun, Min Soo juga mempunyai rahsianya tersendiri. Semakin lama mereka berdua menyiasat dan menyelami kes tersebut, semakin banyak mereka menerima ancaman daripada jiran-jirannya.
Saksikan House of Lies, setiap Sabtu dan Ahad, jam 8 malam di K-Plus.
#Gold Mask
Pelakon: Cha Ye Ryun, Na Young Hee, Lee Whee Hyang
Yoo Soo-Yeon (Cha Ye-Ryun) dibesarkan dengan ibu bapa daripada keluarga biasa. Namun dia jatuh cinta dengan seorang lelaki dari keluarga kaya dan berkahwin dengannya.
Kehidupannya boleh diibaratkan seperti Cinderella dan dicemburui oleh orang lain, tetapi hidupnya tidak mudah kerana mendapat layanan buruk daripada mentuanya.
Kehidupan Cha Hwa Young (Na Young Hee) pula dipenuh dengan ketamakan dan keinginan. Dia cuba mengekalkan kehidupan kelas atasannya.
Manakala Go Mi Sook (Lee Whee Hyang) ialah seorang pemberi pinjaman wang persendirian dan memiliki rangkaian restoran francais.
Saksikan Gold Mask bermula 30 Mei, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8:25 malam, di KBS World (saluran 392).
#Eve
Pelakon: Seo Ye Ji, Park Byung Eun, Yoo Sun & Lee Sang Yeob
Mengisahkan tentang Lee La El (Seo Ye Ji) yang kehilangan bapa ketika masih kecil. Kemudian keluarganya juga musnah dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk membalas dendam.
Sasaranya pula adalah Kang Yoon Gyeom (Park Byung Eun) yang mengendalikan kumpulan LY.
La El kemudiannya melaksanakan misi membalas dendamnya dengan bantuan Seo Eun Pyeong (Lee Sang Yeob) yang merupakan ahli termuda Dewan Negara.
La-El juga kemudiannya memfailkan perceraian daripada Kang Yoon Gyeom dan meminta 2 trilion won.
Saksikan Eve, bermula 26 Mei setiap Khamis dan Jumaat, jam 9:15 malam di tvN (saluran 395).