#OhDaebak: Macam Tak Percaya, Taeyang Dah Jadi Bapa! Tahniah, BIGBANG First Baby!
Hari ini peminat BIGBANG meraikan hari istimewa buat Taeyang apabila isterinya, pelakon Min Ho Rin selamat bersalin cahaya mata sulung mereka.
Taeyang dan Hyo Rin menerima kehadiran putera sulung mereka dengan gembira dan secara rasminya merupakan anggota BIGBANG pertama yang bergelar bapa.
Berita itu juga disahkan oleh agensi pengurusan Taeyang, YG Entertainment hari ini.
“Memang benar Taeyang dan Min Hyo Rin menerima kehadiran anggota keluarga baharu mereka, cahaya mata lelaki,” jelas kenyataan tersebut.
Melihat kepada kepada reaksi peminat di media sosial, #OhDaebak seronok dengan gelagat lucu mereka yang mengusik BIGBANG.
Tidak kurang juga ada yang sudah mula memberikan gelaran kepada anak Taeyang denagb memanggilkan ‘BIGBANG’s First Baby’.
Tengok sahaja pada reaksi mereka, sudah tahu bahawa ikatan ‘hubungan’ antara peminat dan penyanyi K-pop idola mereka ini sangat utuh.
Bagi yang mungkin tidak megetahui fakta mengenai pasangan comel ini, Taeyang dan Hyo Rin berkahwin pada Februari 2018.
Lebih manis lagi, pertemuan pertama pasangan ini adalah pada tahun 2014 di set penggambaran iaitu semasa Hyo Rin menjadi model dan pelakon untuk muzik video Taeyang berjudul 1AM.
#OhDaebak ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan comel ini, and yes! Rasa macam tak percaya Taeyang dah jadi bapa hehehe.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------