#OhDaebak: Rose BLACKPINK Dedah Rahsia Gambar Cantik Di IG, Ini Cara-Caranya
Anggota kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK Rose sering mendapat perhatian kerana foto-foto yang cantik di akaun Instagram miliknya.
Tak kisahlah sama ada ketika Rose menghadiri sesuatu acara mahu pun bergambar sendirian atau pun dalam erti kata lain sewaktu tidak memenuhi sebarang tuntutan kerja. Masa me time lah orang kata.
“Ini adalah rahsia saya. Saya ingin meletakkan segalanya di dalam gambar namun saya tidak dapat melakukannya ketika mengambil selfie.
“Apabila saya bersendirian atau mahu mengambil gambar dengan pantas saya hanya lakukan perkara ini sahaja,” katanya dalam satu temubual bersama ELLE Korea baru-baru ini.
Khas buat peminat, Rose berkongsi beberapa tips yang dilakukan untuk mendapatkan gambar yang perfect dan cantik untuk di muat naik di media sosial.
Berikut merupakan tips yang dikongsi Rose:
#Natural Lighthing
Salah satu petua terbesar Rose adalah dengan menggunakan pencahayaan semulajadi setiap kali berpeluang.
Berada di luar atau bersebelahan dengan tingkap juga boleh membantu mencerahkan dan mencantikkan foto korang secara keseluruhan dan nampak segar tau.
#12 hingga 3 Petang
Waktu terbaik yang dipilih Rose untuk mengambil gambar adalah di antara 12 hingga 3 petang kerana sinaran yang dipancarkan matahari pada ketika itu boleh mencipta foto yang menakjubkan.
Kata Rose selagi korang dapat natural lighthing yang betul, korang boleh ubah mana-mana tempat menjadi latar belakang yang sempurna! Love ke tidek guys!
#Gunakan Cermin
Rose juga terkenal dengan memiliki foto cermin (mirror photos) yang cantik. Bagaimanapun kata Rose ada rahsia untuk mendapatkan foto cermin yang sempurna guys!
Berswafoto sahaja tak cukup guys, apabila mengambil gambar di hadapan cermin, korang kena tunjukkan lebih banyak butiran seperti pakaian lengkap, suasana sekeliling dan banyak lagi.
#Jangan over pose
Menurut Rose antara kesilapan yang paling banyak dilakukan orang sewaktu mengambil gambar di hadapan cermin adalah posing secara melebih-lebih.
Kata Rose adalah lebih baik sekiranya posing dan membiarkan badan anda kelihatan neutral.
Jadi Rose mengesyorkan untuk menyandarkan kepala korang ke arah telefon untuk memberikan pandangan yang neutral.
Selamat mencuba guys!