#OhDaebak: Tak Guna Translator, Pakai Sneakers & Makan Chili Crab, Ini Antara Momen Menarik Song Joong Ki Di Singapore!
Populariti pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki tidak dapat dinafikan lagi apabila kunjungannya ke Singapura baru-baru ini meninggalkan seribu satu kenangan manis buat peminatnya.
Song Joong Ki yang sebelum ini terkenal dengan watak Vicenzo Cassano itu hadir ke Singapura bagi mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Reborn Rich terbitan Viu Original.
Menariknya acara Sidang Media Viu Original, Reborn Rich Bersama Song Joong Ki itu juga turut dihadiri peminat yang menunggunya seawal 6:30 pagi bertempat di Resort World Sentosa (RWS).
Diterbangkan dari Malaysia ke Singapura bersama team Viu Malaysia, #OhDaebak sendiri dapat merasai keterujaan peminat dan momen manis sepanjang acara tersebut berlangsung.
Jadi di sini #OhDaebak ingin mengimbas kembali perkara menarik yang sepanjang acara berlangsung.
Bahasa Inggeris makin power guys! Kalau nak tahu sepanjang sidang media berlangsung, Joong Ki sedaya upaya menjawab semua soalan yang ditanya dalam bahasa Inggeris.
Walaupun ada ketikanya dia bertanyakan kepada penterjemah untuk memahami maksud soalan yang ditanya.
Bagaimanapun pelakon kacak ini lebih selesa untuk menjawab sendiri kepada media dan memilih untuk tidak menggunakan penterjemah sebagai orang ketiga menjawab soalan media.
Sesekali kelihatan dia sedikit berkerut memikirkan ayat yang sesuai untuk ditutur dalam bahasa Inggeris.
Walaupun ayat yang ringkas namun ia mudah difahami dan pelakon kacak ini juga bijak menyusun kata. Tahniah Joong Ki!
#Hanya Pakai Sneakers Biasa
Antara yang menarik perhatian peminat dengan penampilan Joong Ki adalah kasut yang dipakainya. Tidak menyarungkan kasut berjenama mewah sebaliknya aktor ini hanya memakai sneakers sahaja, rasanya semua orang tahu jenama mampu milik ni kan?
Andai ada satu ayat yang boleh disimpulkan tentang keperibadian Joong Ki adalah rendah diri.
Walaupun dirinya merupakan antara aktor popular di dunia, namun Joong Ki masih kekal dengan sikap merendah diri, tidak sombong dan mesra dengan peminat.
Malah semasa sidang media juga, Joong Ki muncul secara santai dengan senyuman manis dan itu juga sudah membuatkan ramai orang berasa selesa.
#Chili Crab
Kalau nak tahu semasa berada di Singapura, Joong Ki juga sempat makan makanan popular iaitu Chili Crab.
Tak cukup dengan itu, dia juga mendedahkan sempat menghabiskan masa dengan bermain golf dan dua perkara itu sahaja sudah cukup membuatkan dirinya berada gembira.
#Tak Kisah Berpeluh Demi Peminat
Bertuahnya peminat yang datang! Sebab tanpa diduga selepas tamat sidang media, Joong Ki dengan rela hati turun ke pentas dan berjalan ke menuju ke arah peminatnya untuk menyapa mereka.
Walaupun cuaca panas terik dan Joong Ki yang pada ketika itu sudah mula berpeluh, namun dia tetap tersenyum dan menyapa para peminatnya dengan ikhlas.
Bukan takat say hi je tau guys, siap boleh ambil gambar, salam dan dapat sign poster lagi tau! Bukan senang nak jumpa world star macam ni depan mata. Mungkin ada sekali seumur hidup, manalah tahu kan?
Jadi kepada yang belum menonton, saksikan episod terbaru Reborn Rich setiap Jumaat, Sabtu & Ahad secara eksklusif hanya di Viu.