Artis Korea

Peminat Kritik Dah Kurus, Psy Kata Kurang Minum Arak

Maliah Surip
29/04/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Peminat Kritik Dah Kurus, Psy Kata Kurang Minum Arak
Penyanyi fenomena dari Korea Selatan, Psy, tampil dengan bentuk tubuh baharu sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat.
Pelantun hit Gangnam Style yang dulu terkenal dengan penampilan perut buncit dan pipi chubby dilihat telah mengalami penurunan berat badan.
Psy dilihat lebih kurus, dengan perut gendut yang kurang kelihatan selain mula mempunyai wajah yang sedikit tirus.
Penampilan terkini Psy dapat dlihat menerusi sebuah video pendek yang dikemas kini dalam akaun Instagramnya awal minggu ini.
Pemilik nama asli Park Jae Sang itu berkongsi videonya mengikuti dance challenge yang viral di TikTok iaitu tarian lagu See Tình yang dipopulerkan penyanyi Vietnam.
Selepas melihat penampilan baharunya, ada dalam kalangan peminat yang mahu melihat Psy kekal dengan bentuk tubuh seperti dahulu.
Mereka mengkritik penurunan berat badan penyanyi itu sekaligus mengatakan Psy gagal menjaga penampilan yang sudah ikonik dengannya.
Psy bagaimanapun tidak membalas komen yang ditinggalkan.
Namun dalam satu temubual lama dalam acara variety show Knowing Bros, AllKPop melaporkan Psy mengaku sukar menjaga berat badannya kerana banyak melakukan gerakan tarian.
“Berat badan saya turun kerana saya banyak menari kebelakangan ini,” katanya.
Saat diusik dia sebenarnya melakukan diet ketat untuk menurunkan berat badan, Psy menjawab dirinya hanya mengurangi penggambilan alkohol.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar