Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Artis Korea

Selepas Kwang Soo, Jeon So Min Pula Pilih Tinggalkan Running Man

Mya Amri 24/10/2023 | 11:25 MYT
Selepas enam tahun bersama Running Man, Jeon So Min akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada program tersebut.
Berita itu disahkan oleh agensinya, King Kong by Starship dalam satu kenyataan kepada media.
Menurut agensinya, tarikh penggambaran terakhir So
Min bersama Running Man adalah pada 30 Oktober ini.
“Jeon So Min akan meninggalkan Running Man selepas selesai menjalani penggambaran terakhir mereka pada 30 Oktober ini.
“Sebelum membuat keputusan dia banyak berfikir tentang perkara ini kerana dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Running Man.
“Bagaimanapun, selepas perbincangan yang panjang dengan pihak produksi dan juga anggota Running Man, maka keputusan itu pun dibuat.
“Dia memerlukan masa untuk berehat dan mengembalikan semula tenaganya untuk mempamerkan sisi terbaik dalam melakukan aktiviti termasuklah lakonan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih seikhlasnya kepada peminat dan penonton yang banyak memberikan sokongan kepada So Min sepanjang dia berada dalam program itu.
“Teruskan menyokong aktiviti dan kerjaya So Min selepas ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua,” maklum kenyataan itu.
Terdahulu, So Min telah menyertai Running Man pada April 2017 selepas anggota terdahulu iaitu Kang Gary mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.
Namun pada 27 April 2021, seorang lagi anggota Running Man iaitu Lee Kwang Soo juga membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk mengundurkan diri dari Running Man selepas 11 tahun bersama.
Keputusan itu dibuat kerana Kwang Soo memerlukan masa pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya akibat kemalangan pada tahun sebelumnya.
Jangan lupa saksikan Running Man , setiap Jumaat, jam 10:30 malam di ONE (saluran 393).
#Running Man #Artis Korea #Jeon So Min
;