Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
ARTIS KOREA

Tak Sangka Rupanya Han Byul Penyanyi OST Drama Mr Queen Lah! - “Sedapnya, Patut Macam Pernah Dengar”

Mya Amri 27/01/2021 | 14:59 MYT
Ramai yang tidak menyangka juara Big Stage 2, Han Byul merupakan penyanyi runut bunyi untuk drama hit Korea berjudul Mr Queen.
Peminat mengetahui perkara itu selepas Han Byul memuat naik posting menunjukkan poster runut bunyi bersama hero utama drama berkenaan, Kim Jung Hyun.
“Mr. Queen OST ‘Like A Star’ by Jang Han Byul Out Now,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka Han Byul menyanyikan lagu tersebut.
Jangan lupa saksikan Mr Queen, setiap Ahad dan Isnin, jam 9.45 malam di tvN (saluran 395) dan juga aplikasi Astro Go.
#Artis Korea #Han Byul #Gempak Chingu #Mr Queen