Artis Korea

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi

Mya Amri
04/07/2022
14:35 MYT
Sponsor Banner
Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Pelakon terkenal Korea, Jang Hyuk mendedahkan dia dan sahabat baiknya iaitu anggota Running Man, Kim Jong Kook ketagih bersenam.
Perkara itu diakui oleh Jang Hyuk menerusi satu temu bual dalam program terbitan MBC iaitu The Manager baru-baru ini.
Kata Jang Hyuk, sehingga kini dia masih melakukan rutin sukan tinju yang diamalkan sejak 15 tahun lalu selain senaman selama dua jam setiap hari di waktu pagi.
“Jeet Kune Do (seni mempertahankan diri) dan juga tinju sangat membantu dalam persembahan lakonan saya.
“Saya rasakan saya dan Jong Kook sangat ketagih untuk bersenam. Kami biasanya sangat menepati masa tetapi akan lewat jika kami tidak selesaikan set senaman kami dalam tempoh tertentu.
“Saya harus selesaikan set senaman yang telah dirancang atau saya tidak akan pergi kemana-mana,” ujarnya.
Tambah Jang Hyuk lagi, dia merasakan dirinya semakin berusia apabila ada masanya terlupa dengan set senaman yang sudah dilakukan.
“Jika saya tidak pasti berapa set yang sudah saya lengkapkan, saya akan teruskan dengan set seterusnya,” katanya.
Untuk pengetahuan, Jang Hyuk kini sudah mencecah usia 45 tahun manakala Jong Kook pula 46 tahun.
Kedua sahabat baik ini sememangnya dikenali sebagai antara selebriti lelaki Korea yang memiliki bentuk badan kekar dan cantik.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar