Artis Korea

[VIDEO]: “Bagusnya Bahasa Dia” - Makin Fasih, Ramai Puji Usaha Han Byul Cakap Melayu Ketika Ditemu Bual

Mya Amri
05/03/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Bagusnya Bahasa Dia” - Makin Fasih, Ramai Puji Usaha Han Byul Cakap Melayu Ketika Ditemu Bual
Bintang The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), Han Byul menarik perhatian ramai apabila semakin fasih berbahasa Melayu.
Malah dalam temu bual di sebalik tabir dalam segmen Unmasked Singer bersama hos Saiful Saaid, Han Byul juga kelihatan lebih selesa menggunakan bahasa Melayu.
Usaha Han Byul untuk bertutur dalam bahasa Melayu juga mendapat pujian netizen yang rata-ratanya mengagumi penyanyi berasal dari Korea itu antaranya:
“Han Byul ni fast learner, baru beberapa tahun dia ulang alik Malaysia, sekarang dah fasih,”
“Semakin lancar Han Byul cakap Melayu, good job,”
“What is this lah, eh dah Malaysian sangat lah Han Byul ni hahaha”
“Bagusnya bahasa Melayu dia,”
Terdahulu, Han Byul yang memakai maskot Piza Panas dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga TMSMY3.
Manakala penyanyi Ayda Jebat (Betta Fish) merangkul gelaran juara dan Syamel (Nyoq Muda) di tempat kedua.
BACA: Betta Fish Nombor Syatu! Ayda Jebat Dinobat Juara The Masked Singer Malaysia 3
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
Untuk dapatkan PEK PREMIUM 1, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-95433838.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar