Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Artis Korea

[VIDEO] #OhDaebak: Ini Lima Lagu Hit BLACKPINK Yang Bukan Fans K-Pop Pun Love Tau

Mya Amri 17/07/2022 | 13:33 MYT

Sebut sahaja nama BLACKPINK, pasti ramai mengenali kumpulan popular ini termasuklah mereka yang bukan dalam kalangan peminat K-Pop.

Bahkan ada juga anak-anak kecil yang suka dengan lagu-lagu BLACKPINK sehingga meminta ibu bapa memainkan lagu mereka berulang kali.

Populariti girl group naungan YG Entertainment ini semenangnya sudah tidak perlu diragukan lagi.

Menjadi girl group yang mempunyai pengaruh dan prestasi besar di seluruh dunia, BLACKPINK dikenali kerana mempunyai gaya unik, lagu-lagu catchy dan juga tarian treadmark dalam setiap lagu mereka.

Baru-baru ini ada ura-ura mengatakan BLACKPINK bakal mengadakan konsert di Malaysia pada Mac 2023.

Bagaimanapun masih tiada pengumuman rasmi atau pengesahan daripada pihak YG Entertainment, sekiranya benar, konsert itu menjadi konsert kedua BLACKPINK di negara ini.

Jadi sebelum bertemu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo, #OhDaebak kongsikan lima lagu hit BLACKPINK yang pasti ramai tahu.

#Ddu-Du Ddu-Du

Single yang dirilis pada Julai 2018 ini menjadi antara lagu paling popular dan fenomena dalam kalangan anak muda.

Ddu-Du Ddu-Du mempunyai tarian treadmark dengan gestur dua tangan seakan-akan sedang menembak.

Lagu ini juga mendapat rekod sebagai muzik video yang paling banyak disaksikan di YouTube dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan.

#Boombayah

Lagu ini juga hebat tau, antara salah satu rekodnya adalah muzik video K-Pop terpantas yang berjaya mendapatkab 50 juta tontonan di YouTube hanya dalam masa 9 minggu.

Selain tarian antara yang menjadi treadmark mereka hingga hari ini adalah ungkapan “BLACKPINK in your area” dalam lagu ini.

Percaya atau tidak, anak-anak kecil pun tahu lagu ini tau, apatah lagi mereka yang bukan peminat K-Pop atau pun pendengar universal.

#How You Like That

Lagu ini juga mempunyai kehebatannya tersendiri, bukan hanya sekadar hit, How You Like That juga telah mencatatkan rekod dunia tau.

Guinness World Records (GWR) mengumumkan BLACKPINK membolot beberapa rekod baharu menerusi video muzik How You Like That.

Ia termasuklah Video Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube.

Rekod keduanya pula adalah Video Muzik K-Pop Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube selepas ditonton 86.3 juta dalam masa sehari dimuat naik.

BLACKPINK juga turut memperbaharui rekod Penonton Terbanyak Penayangan Video di YouTube dan Penonton Terbanyak Penayangan Muzik Video di YouTube.

#Kill This Love

Rasanya sebaik sahaja lagu ini dimainkan di corong radio, pastinya ramai sudah tahu ia nyanyian BLACKPINK.

Dengan bunyi trompet, muzik yang catchy dan ungkapan “Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum” pun sudah cukup untuk menaikkan hype pendengar.

Sehingga kini, muzik video Kill This Love menerima lebih 1.6 billion tontonan. Whoa! Hebat kan?!

#Whistle

Lagu ini mempunyai ritma yang lebih perlahan dan seksi dengan bunyi wisel menjadikan lagu ini lain daripada lain.

Selain diiringi dengan visual yang menarik, irama serta korus lagu ini juga membuatkan ia ‘melekat’ di kelapa sepanjang hari.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
#Blackpink #Oh Daebak #OhDaebak #Bukan Fans K-Pop #Ini Lima Lagu
;