Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Betulkah Aktiviti Hiking Adalah Hobi Yang Mahal?"

Gempak Spot 19/08/2020 | 02:00 MYT
Kisah ini dihantar oleh Mat Lanai untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Tidak dinafikan harga untuk keperluan mendaki ni memang ada di antaranya yang mahal, contohnya beg, ada yang cecah ribuan ringgit, kasut pun begitu juga harganya, belum lagi pasal yang lain, mau terkopak duit bila nak dibelanjakan kesemuanya.
Ada sebahagian manusia yang takut untuk mencuba aktiviti ni, terutama yang kedudukan kewangannya serba tak mampu seperti orang lain sedangkan minat, mental, fizikal semua dah ada, cuma bab kewangan yang membuatkan mereka agak 'segan' sedikit.
Sebenarnya, perkara ni lebih ke arah bagaimana nak mengatasi sesuatu masalah dengan cara bijak. Caranya ialah:
1. Sentiasa ingat pepatah 'Ukur baju Dibadan Sendiri' untuk semua situasi dari kewangan, keadaan dan sebagainya. Ada perkara kau tak boleh ikut untuk kebaikan kau. Tengok keadaan diri sendiri dahulu, contohnya beg.
Kalau kau tak mampu beli beg yang harganya beribu, kau carilah yang harga Rm200 (anggaran). Contoh lain kasut. Kau tak mampu beli yang berjenama mahal seperti Columbus, untuk permulaan kau pakailah kasut getah dahulu. Kasut getah pun kena pada cara setting, memang ada sikit keselesaannya ya.
2. Sentiasa ada satu tabung untuk keperluan mendaki ni. Berapa jumlah kau nak masukkan tu terpulanglah. Yang penting tak ganggu keperluan belanja kau yang lain. Contohnya antara 1-3 % dari duit gaji kerja atau bisnes kau.
3. Selalulah bergaul dengan mereka yang lebih berpengalaman. Ini sangat penting dari pelbagai sudut seperti teknik mendaki, barang keperluan utama, ilmu hutan, ilmu kompas, ilmu survival dan banyak lagi.
Dari mereka yang berpengalaman ni kau boleh tahu dimana nak mencari barangan aksesori hiking ni dan dari situ kau dah boleh tengok yang mana sesuai dengan kau.
4. Jangan dengki dengan kawan-kawan kau yang ada banyak aksesori mahal. Senyumlah dan doakan yang baik-baik untuk mereka dan kau. Ini penting untuk dijaga.
Bila kau dengki, secara tak langsung kau negatif dan bila kau negatif, sudah pasti kau susah nak buat perkara yang betul pada tempatnya. Takkanlah sebab nak pakai jenama mahal, kau pergi menyamun Seven Eleven?
Itu adalah antara kaedahnya. Banyak lagi sebenarnya. Apapun banyakkanlah bersabar dan syukur dengan apa yang ada dengan kita. Mana tahu dengan sikap syukur kau, Allah tambahkan rezeki kau ke, itu sudah baik.
Akhir sekali, aktiviti hiking bukanlah aktiviti yang memerlukan belanja besar jika kau tahu cara mengendalikannya. Diri kau adalah guru yang terbaik, kau sendiri acukannya untuk menjadi lebih baik.
Kredit Gambar: Google
Nota: Gambar utama sekadar hiasan
Kisah ini dikongsi oleh Mat Lanai untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
#Percutian #Hobi #Hiking #GempakSpotXAlthea
;