Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Buat Sendiri Saja. Kitchen Island Impian Setiap Perempuan Atau Isteri"

Gempak Spot 10/07/2020 | 00:15 MYT
Perkongsian ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @yatt_aml yang berkongsi tentang cara membuat sendiri kitchen island untuk dapur yang kecil dengan modal yang rendah.
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Tak mengapa, DIY saja.
Semua ni saya buat sendiri dan beli daripada Ikea. Jumlah harga dalam RM300 jer. Murah kan? Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm
Barang-barang yang perlu dibeli hanya 4 benda saja pun.
Kitchen island ni impian setiap perempuan atau isteri kot. Jadi korang yang suami tu kalau tak tau nak bagi hadiah apa untuk isteri, sediakanlah dia kitchen island ni. Makin rajinlah si isteri tu masak nanti. Tiap hari ada saja resepi baru dia buat nanti.
Oleh kerana island ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya untuk kita ada treatment oil tu. Tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak atau patah.
Caranya hanya lap saja minyak tu guna kain atau tisu sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau hari-hari guna, buatlah lap dua minggu sekali.
Terima kasih semua yang komen tentang DIY kitchen island ni. Maaf tak dapat jawap sorang-sorang. Ramai rupanya yang suka. Saya doakan impian semua yang nak dapatkan island kat dapur masing-masing tercapai dan dipermudahkan.
Untuk lekatkan chopping board tu, guna L bracket dengan skru kan saja. Cari dekat kedai hardware ada jual dalam RM3 setiap satu.
Kredit Gambar: Twitter @yatt_aml
Kisah ini dikongsi pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @yatt_aml dan mendapat hampir 3,000 Retweet dan lebih 5,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot
#GempakSpot #DIY #Kitchen Island
;