Education | Pendidikan
#GempakSpot: "Enam Cara Untuk Mengelakkan Dari Mendapat Serangan Migrain"
Cara ini dikongsikan oleh seorang Pakar Perubatan Dalaman, Dr Iskandar Mirza menggunakan akaun Twitter @DIskandarmirza tentang enam cara mengelakkan diri dari mendapat serangan migrain terutamanya kepada pesakit migrain.
Anda merupakan pesakit Migrain? 6 cara untuk mengelakkan dari medapat serangan migrain.
1) Sentiasa mencatat apa yang dimakan atau minum di dalam diari. Catatkan apa yang anda makan atau minum sebelum berlakunya migraine. Anda akan mendapat pattern makanan yang menyebabkan anda mendapat migraine dan ini memudahkan anda untuk megelakkan dari memakan makanan tersebut.
2) Makan pada waktunya.
3) Kurangkan pengambilan caffein
Jika caffein diambil berlebihan, ia akan menyebabkan migraine. Pada masa yang sama, jika anda ingin mengurangkan pengambilan caffein, lakukan pada kadar perlahan, kerana pengurangan caffein mendadak juga akan menyebabkan berlakunya migrain.
4) Tidur yang secukupnya
Sentiasa tidur pada waktunya dan pada waktu yang sama. Jika anda terlalu penat/mengantuk, ia boleh menyebabkan episode migraine.
5) Kurangkan stress
Banyak cara untuk mengurangkan stress seperti bersukan/ sembahyang/ meluangkan masa bersama keluarga atau melakukan activiti yang anda gemar. Silalah membuat temu janji untuk kaunseling ataupun sesi “stress management” jika cara di atas tidak berkesan.
6) selalu bersenam
Semasa bersenam, badan kita akan mengeluarkan hormone yang boleh mengurangkan signal kesakitan kepada otak. Hormone ini juga boleh membantu untuk mengurangkan anxiety dan depression
Anxiety dan depression boleh membuat migraine semakin teruk
Kredit Gambar: Andrea Piacquadio
Nota: Gambar utama adalah sekadar hiasan semata-mata.
Kisah ini dikongsi oleh seorang Pakar Perubatan Dalaman, Dr Iskandar Mirza menggunakan akaun Twitter @DIskandarmirza dan mendapat lebih 10,500 Retweet serta hampir 13,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.