Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Gigi Seperti Duri Bukan Berfungsi Untuk Menghancurkan Makanan Tetapi Menghalang Makanan Keluar"

Gempak Spot 22/10/2020 | 03:39 MYT
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @AdDien90 tentang betapa pentingnya kita tidak membuang sampah sarap yang boleh membunuh haiwan laut, terutamanya penyu. Baca perkongsian ilmu yang bermanfaat ini.
Mulut haiwan laut ini penuh dengan duri tajam. Sekali pandang, anda mungkin menyangka ini mulut spesies ikan jerung, paus pembunuh orca atau pemangsa laut yang lain. Sebenarnya ini mulut penyu! Anda mula pelik, jika mulut penyu begini kenapa tak mampu hancurkan straw & plastik?
Duri dalam mulut penyu fungsinya bukan untuk menghancurkan makanan. Penyu tidak mengunyah makanan seperti jerung. Duri tersebut berfungsi untuk menghalang makanan keluar daripada perut penyu. Penyu akan menyedut makanannya (contoh obor-obor) masuk ke dalam mulut.
Selepas menyedut makanan, perut penyu akan terisi penuh bukan sahaja makanan malah air laut juga. Setibanya di pantai, penyu akan memuntahkan air laut yang memenuhi perutnya. Duri di mulut berfungsi sebagai penapis yang menghalang makanan penyu daripada keluar bersama air.
Ini contoh dimana penyu memuntahkan air laut dan kotoran yang memenuhi perutnya ketika menangkap makanan. Jika anda jumpa penyu dalam keadaan begini, jangan risau. Ini normal, dia bukan muntah darah ya!
Sekarang anda sudah tahu walaupun duri penuh di mulut penyu, fungsinya bukan untuk mengunyah dan menghancurkan objek. Jadi, cuba bayangkan jika penyu menyedut masuk straw dan plastik? Adakah plastik akan keluar sama ketika ia memuntahkan air? Fikir-fikirkan. Semoga bermanfaat!
Kredit Gambar: Twitter @AdDien90
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @AdDien90 dan mendapat lebih 10,000 Retweet dan hampir 10,000 Likes. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
#Penyu #GempakSpot #Kebersihan
;