Education | Pendidikan

#GempakSpot: "Hallyu: Gelombang Korea Tanda Bermulanya Kpop Dan Kdrama"

Gempak Spot
28/08/2020
01:30 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Hallyu: Gelombang Korea Tanda Bermulanya Kpop Dan Kdrama"
Kisah ini dihantar oleh Hykal Zack untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Sebut sahaja Kpop ataupun Kdrama pasti tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Kalau kita mengimbau kembali 30 yang lalu, perkataan Kpop atau Kdrama itu sendiri belum lagi wujud malah masyarakat dunia tidak mengetahui industri hiburan di Korea Selatan.
Hallyu atau Gelombang Korea telah diperkenalkan oleh para wartawan dari China sekitar tahun 1990-an dalam membincangkan peningkatan drastik populariti global terhadap budaya Korea serta industri muzik pop mereka.
Hallyu merangkumi pertambahan minat mendalam terhadap Kpop, Kdrama serta kebangkitan jenama terkemuka Korea Selatan seperti Samsung yang menjadi pemegang pasaran utama dalam arena antarabangsa.
Semasa krisis kewangan Asia 1997, sekatan terhadap aktiviti mengimport kebudayaan asing telah dikenakan oleh kerajaan Korea Selatan terutamanya dari Jepun iaitu import hiburan seperti filem, lagu dan sebagainya.
Strategi ini sebenarnya bertujuan mengelakkan Korea Selatan daripada terlalu bergantung kepada negara lain dalam industri hiburan serta mengelakkan pengaliran wang keluar.
Penghasilan drama seperti Winter Sonata dan Full House berjaya meletakkan Korea Selatan di mata dunia malah menguatkan lagi gelombang yang sedia ada. Drama ini mula ditayangkan ketika waktu perdana dikebanyakan negara Asia.
Kpop juga berjaya menarik perhatian ramai yang pada ketika itu diterajui oleh kumpulan band lelaki seperti H.O.T. Mereka telah menjadi artis Kpop pertama yang membuat persembahan di luar negara.
Perkembangan teknologi gajet dan penggunaan media sosial menyebabkan Hallyu semakin tersebar pesat ke seluruh dunia termasuk negara-negara Barat sekitar tahun 2010. Kdrama dan Kpop semakin lama semakin mendapat tempat di hati penonton dan peminat Barat.
Ini terbukti apabila lagu Gangnam Style yang dinyanyikan oleh PSY menjadi viral pada akhir tahun 2011 di mana sekarang telah mencapai lebih satu bilion tontonan di Youtube.
Kejayaan Korea Selatan dalam industri hiburan bukan sahaja datang daripada langkah kerajaan semata-mata tetapi juga daripada masyarakat Korea Selatan itu sendiri dalam segenap kehidupan mereka. Ia dapat dilihat dengan budaya mereka yang menganjur mereka untuk bekerjasama, rajin dan kompetitif.
Oleh itu, tidak mustahil negara kita dapat mewujudkan Gelombang Malaysia sendiri di mana kita dapat membuka lagi mata masyarakat dunia bahawa negara kita mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya yang unik dalam memperkenalkan industri hiburan dan bakat anak-anak Malaysia.
Kredit Gambar: Hykal Zack
Nota: Gambar utama sekadar hiasan
Kisah ini dikongsi oleh Hykal Zack untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar