Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Kesihatan | Health

#GempakSpot: "Jangan Tuang Fries Atas Talam!" - Pesan Bekas Pekerja Makanan Segera Ini Penting Demi Kebersihan Makanan Anda

Gempak Spot 10/12/2019 | 02:42 MYT
Perkongsian seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Twitter @sisalkinky mungkin patut dijadikan pedoman. Malah ramai juga bekas pekerja makanan segera turut berkongsi perkara yang sama. Kita semua tahu 'tray' digunakan untuk membawa makanan, dan bukannya untuk ditaburkan makanan di atasnya.
Aku sebagai bekas pekerja McD tak sarankan korang makan fries tabur atas tray tu. Tray tu just hanya dilap dengan kain saja. Tak cuci pun tray tu. harap maklum.
Janganlah kecam aku guys, aku cuma tak sarankan saja. Memang tray ada dibasuh bila tamat hari bekerja. Selebihnya hanya dilap dan dilapik dengan kertas baru.
Pesanan @sisalkinky turut dipersetujui oleh ramai mereka yang pernah bekerja di restoran makanan segera.
Dia orang basuh time closing ja. Bayangkan berapa ramai orang pakai dulang tu seharian dari pagi sampai tengah malam. Entah bekas siapa-siapa lepas tu korang pun sedap makan fries tabur gitu.
Sebagai ex-crew, aku pun tak sarankan. Tapi tetap kedai kita cuci. Kain tu tak semua yang kotor, kita rendam dan cuci dalam sanitizer. Tapi satu hari opening tu mungkin tukar kain 5-7 kali saja. Maka makanlah secara berhemah. Dah makan bersihkan meja sebelum korang beredar. Terima kasih.
Bukan Mcd saja. Hampir semua kedai makanan segera tak basuh tapi tetap lap tray tersebut. Jadi kalau boleh elak-elakkan lah tabur fries atas tray walaupun ada lapik kertas tu. Saya cakap atas dasar pengalaman sebab saya pun kerja dekat restoran F&B.
saya sokong guys sebab saya juga ex-Crew McD bersama @aidiel_hafizi ..tray ni hanya akan dibasuh pada penghujung hari sahaja dan kain yang digunakan pun ditukar sejam sekali, dan amat disarankan dan digalakkan untuk tidak tuang fries atas talam dan makan. Sekian.
Kredit Gambar: Twitter
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @sisalkinky dan mendapat lebih 10,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#GempakSpot #Makanan Segera #Talam
;