Horror | Seram
#GempakSpot: Kakak Aku Sampai Muntah Benda Kotor, Tajam, Rambut Dan Bau Sangat Busuk"
Kisah ini dihantar oleh Omeysara untuk peraduan GempakSpot X Althea. Lima artikel terpilih akan disiarkan setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat. Atikel yang mendapat paling banyak 'Likes' dan 'Shares' di Facebook Astro Gempak akan memenangi produk Althea bernilai RM185 dan pemenang akan diumumkan di Instagram dan Facebook Astro Gempak.
Tak percaya tapi benar? Percaya kewujudannya tapi kena kacau, gangguan itulah yang tak percaya. Berlaku beberapa tahun dahulu semasa sekolah Tingkatan Enam lagi iaitu tahun 2013.
Terutamanya jadi pada kakak aku tapi aku cuba membantu. Ilmu agama biasa sahaja tapi tahu serba sedikit dan ada juga baca buku.
Malam kemuncak tu akak tak tahan. Badan dia gatal-gatal, miang buluh macam tu. Naik merah-merah pada badan. Aku dudukkan akak atas sejadah, golekkan telur atas badannya sambil baca ayat suci Al-Quran. Satu badan aku buat. Sampai kakak aku muntah benda kotor. Tak berapa ingat tapi tak silap aku ada benda tajam, rambut dan sangat busuk.
Esoknya aku pulak lemah badan. Berhari-hari jugak macam tu. Pada masa yang sama kami dah mula berubat.
Setiap malam ada je bunyi atas bumbung. Pengamal perubatan cakap aku silap, sepatutnya tak boleh pegang direct. Dan kena ada baca pelindung diri jugak.
Salah aku juga, tapi tu laa nak tolong punya pasal kan. Akhirnya aku pon kena, pembantu paling dekat. Satu hari kat sekolah, aku meracau tiba-tiba. Masa tu waktu rehat di kantin.
Kawan-kawan cakap aku menjerit tiba-tiba, tangan aku seolah-olah macam harimau. Mencengkam tanah. Aku dengar pun takut. Naik di blok kelas pun aku jadi macam tu sampai lah pihak sekolah terpaksa panggil keluarga datang ambil.
Bila ingat balik kejadian tu, menurut apa kawan-kawan cerita aku rasa malu sangat. Tapi bila aku cuba ingat kepala aku mesti sakit, aku tak tahu seluruh cerita.
Merata pergi berubat. Sampai habis sekolah, aku kerja sambilan di kedai makan. Masih ada gangguan. Setiap kali berubat kami meracau. Adik-beradik aku ceritakan semua. Ada yang mereka diamkan.
Sehingga lah aku dapat sambung belajar di Kolej Kejururawatan. Ingatkan dah habis. Masa tu bulan puasa aku lapor diri. Kan bulan puasa syaitan diikat. Aku menarik nafas lega tapi rupanya tak selamanya selamat.
Aku kena gangguan juga. Siang hari aku meracau. Sedihnya aku rasa bila kawan cerita. Aku malu sangat masa tu. Masa tu lah boleh kenal siapa kawan siapa lawan. Ada yang meninggalkan aku, ada yang masih setia berkawan.
Lama juga kami berubat hinggalah tahun 2015 baru selesai semua. Saki baki masih ada tapi kami cuba kuat melawan. Nak cerita semua memang panjang tapi itulah pengalaman yang takkan pernah dilupakan.
Seumur hidup itu lah pertama kali merasai sendiri. Selalu tengok orang lain kena, bila kena batang hidung sendiri. Antara percaya tak percaya je.
Kredit Gambar: cottonbro
Nota: Gambar utama adalah sekadar gambar hiasan semata-mata
Kisah ini dikongsi oleh Omeysara untuk peraduan GempakSpot X Althea. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai peraduan GempakSpot X Althea, hantarkan karya anda sekarang sebelum tarikh tutup peraduan pada 25 Oktober 2020 ke GempakSpot