Education | Pendidikan

#GempakSpot: Kenapa Dr. Aen Pesan Pada Keluarga Yang Sedang Menanti Kelahiran Anak Supaya Beli ‘Baby Carseat’ Dulu?

Gempak Spot
22/11/2019
09:37 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Kenapa Dr. Aen Pesan Pada Keluarga Yang Sedang Menanti Kelahiran Anak Supaya Beli ‘Baby Carseat’ Dulu?
Apa yang paling penting untuk anak-anak kita adalah keselamatan mereka. Bila tahu sahaja berbadan dua, inilah masa yang terbaik untuk mengumpul duit membeli 'baby carseat'. Barang-barang lain yang lebih murah harganya boleh dibeli secara berperingkat.
“Barang apa yang perlu dibeli dulu eh kalau ada anak?”
Carseat. Carseat. Carseat.
Dah beli carseat. Boleh fikir baby carrier, botol susu, baju baby, pampers baby, tuala baby.
Trust me, you’ll never want to trade your baby’s safety with anything. Just buy the carseat first!
Dekat mana boleh beli carseat murah tapi selamat?
Dekat Shopee ada. Nah saya rasa ni paling murah. Kalau anda boleh pergi follow up dekat private, anda boleh beli kasut baru, beg baru sepanjang anda mengandung, anda boleh beli carseat ni. RM199 sahaja. ECE certified.
Kalau nak murah sikit. Tapi takleh guna lama. Beli yang ni. Dia boleh jadi baby carrier + carseat sampai umur setahun. Anda juga boleh beli di Shopee. Harga RM119
Jenama apa lagi yang murah dan berbaloi? Sweet cherry. Buka saja Shopee, pergi saja Aeon. Pasti ada.
Tak apa kalau murah, janji berguna, dan certified. Orang mana yang sibuk sangat nak tahu jenama carseat anak orang tu? Jangan hiraukan. Bukan dia yang keluarkan duit.
Kalau nak yang mahal, Joie, Snapkis, Graco, Mothercare, etc. Yang tu harga di antara RM500 hingga RM2000. Tapi apa yang penting, beli ikut apa? Kemampuan. Okay pandai. Dah, boleh pergi usha carseat sekarang.
Kepada ibu bapa yang ingin tahu bagaimana memilih kerusi keselamatan kanak-kanak dan sampai umur berapakah sepatutnya carseat digunakan, boleh ke Facebook page Child Passenger Safety Malaysia - facebook.com/cpsmalaysia atau @cpsmalaysia.plt di Instagram.
Kredit Gambar: Google / Twitter
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Tweet Dr. Aen menggunakan akaun Twitter @aensaari dan mendapat lebih 9,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar