Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Education | Pendidikan

#GempakSpot: Ketumbit Bukan Akibat Mengintai Orang Mandi!

Gempak Spot 18/07/2019 | 22:27 MYT
Malu juga bila kena ketumbit ini terus dilabel, “hah! Mengintai orang mandi la tu." Aduh kesian, jangan percaya mitos karut ni! Mari saya kongsi sedikit apa itu ‘ketumbit’.
Ketumbit dalam istilah Melayu adalah pembengkakan atau pembentukan biji pada kelopak mata.
Dalam istilah perubatan, ia dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Hordeolum (stye) dan Chalazion.
1) Hordeolum (stye)
Ia berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (staph aureus) pada kawasan kalenjar folikel mata.
a) Hordeolum luaran : jangkitan pada kalenjar zeis (gland of zeis)
b) Hordeolum dalaman : jangkitan pada kalenjar Meibomian (meibomian gland)
Gejala:
- Sakit dan bengkak kemerahan pada kelopak mata.
2) Chalazion
Ia berlaku disebabkan oleh kalenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat.
Gejala :
- Biji pada kelopak mata
- tidak sakit dan tidak kemerahan
Rawatan
Secara keseluruhannya, rawatan kedua-dua adalah lebih kurang sama.
1) Penjagaan Kelopak Mata (Lid Hygiene)
Sentiasa basuh bulu mata terutamanya pada mereka yang kerap memakai eyeliner.
2) Tekanan Suam (Warm Compression)
Ambil sudu atau tuala kecil yang telah direndam air suam dan letakkan pada bahagian kelopak mata.
3) Ubat Titis
Ini bergantung pada pemeriksaan doktor sama ada perlu atau tidak.
Peringatan, jikalau bengkak tidak sembuh selepas 2 minggu, segera berjumpa dengan Doktor Pakar Mata untuk rawatan selanjutnya.
Sekali lagi ingin saya tegaskan, ketumbit ini bukan disebabkan suka mengintai orang mandi.
Kredit Gambar: Dr Mohd Shaiful Nizam (Twitter: @Dr_Shaiful)
Dr Mohd Shaiful Nizam merupakan Doktor ENT (Ear, Nose & Throat). Dia berkongsi maklumat ini menggunakan tweethandle @Dr_Shaiful dan mendapat lebih 9 ribu Retweet. Beberapa perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
#Kesihatan #GempakSpot
;