Kesihatan | Health
#GempakSpot: "Pelik Kenapa Hidung Tersumbat Sedangkan Batuk Pula kering Dan Hidung Juga Kering, Sampai Terpaksa Masuk Air Dalam Hidung"
Kisah ini dikongsi oleh Naqiah Jalaludin melalui Akaun Twitternya @NaqiahJ dan juga berkongsi cerita terus bersama kami di Gempak. Kami memutuskan untuk membahagikan cerita Naqiah kepada dua bahagian. Baca perkongsiannya ketika kali pertama dia bercerita pada 3 April lalu.
Saya didapati positif Covid-19 walaupun saya tiada kontak dengan mana-mana pesakit dan tidak ada sejarah perjalanan di luar negara. Ini adalah perkongsian saya tentang segala yang saya lalui berkaitan simptom dan pengalaman yang saya lalui sejak melalui ujian hinggalah dikuarantin di hospital.
Semalam lebih kurang jam 1.30pm, saya dapat panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling mengenai keputusan Covid19. Boleh kata memang tengah tunggu mereka hubungi saya pun. Malam Sabtu, suami saya bawa saya ke Sunmed, niat asalnya nak masuk wad tapi sebab ada simptom batuk dan demam, kena pergi ke khemah saringan.
Keadaan masa itu agak teruk sebab dah 2 hari muntah-muntah, manakala demam dan batuk dah seminggu. Simptom yg dialami adalah: hilang deria bau dan rasa, demam, batuk yang kering, sakit kepala, muntah, susah bernafas, cirit birit (yang ni baru masuk tiga hari). Masa hilang bau tu saya macam dah dapat agak sesuatu.
Ada rasa sesuatu sebab situasi macam pelik, tetapi saya cuba lupakan sahaja perkara tersebut. Kenapa pelik? Sebab, batuk yang kering macam mana boleh hidung macam tersumbat, dan hidung tu pun rasa kering. Sampai kadang-kadang saya masukkan air ke dalam hidung sebab rasa kering sangat! Oh sakit tekak pun salah satu simptom saya.
Hilang deria bau/rasa agak lama, hampir seminggu. Sekarang macam dah baik. Simptom lain pun dah berkurang, cuma kadangkala ada rasa sakit tekak, batuk and cirit birit. 4 malam lalu, saya tak boleh tidur sebab tak boleh bernafas. Paginya saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan juga keputusan ujian Covid daripada Sunmed.
Kami dijanjikan keputusan dalam 24 jam, bermaksud saya sepatutnya sudah mendapa panggilan daripada mereka pada hari Ahad. Tapi tidak ada berita jadi kami cuba menghubungi mereka.
Kami cuba hubungi setiap hari sehinggalah hari Rabu tapi mendapat jawapan yang sama sahaja 'tunggu 24jam - 48 jam selepas ujian' tapi rasa bengang sebab sudah melebihi tempoh tersebut. Jadi hari Rabu tu, Hakim, suami saya hubungi hospital dan PKD untuk maklum balas. Kami memang terkilan kerana mendapat jawapan yang sama daripada operator hospital. Kami diberitahu bahawa contoh ujian saya telah dihantar ke makmal kerajaan untuk ujian kedua.
PKD: Pejabat Kesihatan Daerah, juga memberitahu kami mereka menghadapi masalah tunggakan ujian yang perlu diproses kerana terlalu banyak. Doktor di hospital memberi jaminan pada suami saya bahawa saya bukan salah seorang yang positif kerana tak ada sejarah.
Alhamdulillah dapat keputusan ujian pada hari berikutnya, Khamis, 2 April. Jeng jeng jeng. Masa doktor telefon, saya tergamam. Perasaan yang hampir serupa apabila doktor memberitahu mereka tidak dapat melakukan apa-apa buat arwah mama. Tergamam, terkejut, blur, confused, ambil masa seketika untuk bertanyakan banyak soalan.
Doktor tersebut sangat baik dan membantu. Saya masih ingat perasaan tenang ketika mula-mula dia sampaikan berita tersebut. Nampak tak persamaan bila dapat berita buruk? Sama. Mula-mula tenang, dengar semua info dia nak bagi, tanya sikit-sikit pun gagap sebab masih terkejut. Walaupun saya pernah rasa seperti akan berlaku, saya masih tak bersedia. Siapa yang boleh sangka, kan?
Sebab saya tak ada sejarah apa-apapun ke luar negr, atau berada berdekatan dengan pesakit sebelum ini, saya jadi sangat marah kerana tidak diberitahu awal-awal. Dah hampir dua minggu berjalan dalam rumah sebagai pesakit Covid rupanya. Saya tak tahu langsung bagaimana dan daripada siapa saya mendapat jangkitan.
Sebahagian dari diri saya masih tak boleh terima, tetapi bila dengar jiran katil saya dekat wad ni pun hilang deria rasa dan cirit birit antara simptom, dah bolehlah terima sikit-sikit. Terima banyak DM dan WhatsApp daripada keluarga dan kawan-kawan tanya dapat dari mana.
Ikhlas saya cakap saya tak tahu daripada mana. Saya cuma boleh teka ia bermula di tempat kerja sebab 19 Mac saya mula hilang deria bau tu. Jadi mungkin berlaku sebelum tarikh tersebutlah. Saya rasa sangat teruk terutama kepada ahli keluarga yang ada kontak rapat dengan saya, terutamanya kakak saya yang ada anak kecil.
Saya rasa sangat bersalah dan hingga kini masih lagi rasa bersalah yang amat sangat. Dia terpaksa dipisahkan dengan anaknya dan ayah saya juga sudah berumur. Tolong doakan untuk saya, mereka ini tidak dijangkiti. Setakat ini mereka tidak ada simptom. Siapa yang rapat dengan saya mesti tahu betapa saya sangat menjaga dengan hand sanitizer dan tisu basah selalu ada saja dalam beg.
Jadi saya nak kongsikan barang-barang yang perlu dibawa jika sesiapa didapati positif. Bila dah sampai hospital barulah terfikir apa yang patut dibawa dan sebagainya. Yang paling penting: bekas air! Saya tak tahu, jadi sedih sikit tak ada air sendiri.
Barang yang perlu dibawa: Water tumbler (ni bukan hospital swasta dapat jug air setiap katil). cawan, sejadah dan telekung, Vitamin C and ubat-ubat sendiri. Sedikit pakaian (walaupun anda akan pakai gaun hospital, bawa juga sikit) Face mask (boleh minta jika anda tak ada, tapi cuma sekeping diberikan setiap hari).
Hand sanitizer (walaupun dah positif covid, saya bawa juga) tisu basah, tisu (penting! Nak lap mulut ke, tangan ke, sebab tak disediakan),
toiletries (sekali lagi, bukan swasta ya bagi free pouch dengan toiletries jadi tolong bawa sendiri). Benda lain-lain boleh buat keputusan sendiri, semua ni yang pada saya asaslah.
Rutin ubat-ubatan saya:
paracetamol/panadol, Ubat batuk yang Bena Expactorant tu. Macam-macam warna saya cuba. Bila yang batuk agak kering, saya ambil yang berwarna biru, hari yang teruk tu saya minum warna maroon/orange. Prospan pun ada juga beberapa kali. Ubat selesema Clarinase, vitamin C, air suam dengan lemon dan madu.
Simptom saya:
19 mac: mula demam, batuk yang kering, hidung kering dan tersumbat terus walaupun tak ada kahak - berlaku selama beberapa hari
24-25 march- terus okay, cuma batuk sikit-sikit
26-28 march- mula demam balik, teruk sikit, pening kepala, muntah, batuk dan selesema.
29 march hingga sekarang demam okay. Cuma batuk dan cirit birit.
30 march - malam tak boleh tidur sebab susah bernafas, bahagian dada rasa macam penuh dengan kahak.
Kalau anda mengalami simptom-simptom tersebut dalam jangka waktu yang panjang, sila dapatkan nasihat daripada CPRC Covid hotline ya! Saya tak boleh berikan nasihat yang tepat.
Maaf bahasa rojak, asalnya tweet ni untuk yang dekat-dekat saja. Asalkan mesejnya sampai, okay? be safe everyone!
Saya juga ingin mengucapkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua petugas hospital yang saya pergi, PKD dan Hospital Sg Buloh. Sesungguhnya saya kagum dengan tugas dan dedikasi yang anda semua lakukan. Terima kasih.
Kredit Gambar: Instagram @naqiah.jalaludin
Kisah ini merupakan bahagian pertama yang dikongsi oleh pengguna Twitter Naqiah Jalaludin menggunakan akaun Twitter @naqiahJ dan mendapat hampir 22,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com