Education | Pendidikan
#GempakSpot: Tips Untuk Memilih Dashcam Kereta Yang Patut Anda Baca. Penting Untuk Mendapatkan Yang Paling Sesuai.
Dashcam sangat penting dalam keadaan sekarang ini, tidak kiralah jika anda pemandu wanita mahu pun lelaki. Baca perkongsian pengguna Twitter Faisal Rahim menggunakan akaun Twitter @acaiijawe tentang tips memilih Dashcam kereta.
Ini tips nak pilih Dashcam kereta. Aku dah cari info, baca forum dan tengok video YouTube selama 2 bulan sebelum beli haritu. Jadi jimat masa korang nak google nanti.
Basically, ada 4 faktor pemilihan Dashcam:
1. Battery vs Capacitor
2. Kualiti Video
3. Parking Mode
4. Extra
Sebelum tu, basic Dashcam yang kena tahu:
• Dashcam kereta ada entry level, midrange dan high-end. Harga dari RM100-RM3,000.
• Top brand datang dari Korea, Europe. Majoriti dari China.
• Dashcam ni shoot video looping. Ia akan replace video yang awal jika memory card penuh.
1. Battery vs Capacitor
• Dashcam murah China banyak guna battery. Kurang sesuai kat cuaca negara kita (unit cepat panas). Bila overheat, dia turn-off dan tak record.
• Capacitor lebih reliable, heat-resistance dan lebih selamat.
• Penting pada aku, sebab isu keselamatan.
2. Kualiti Video
• Macam kamera smartphone, setiap manufacturer ada preference sendiri bab colour, sharpness dsb.
• Matlamat utama bukan nak video paling cantik. Tapi yang boleh rekod detail (no plat) bila diperlukan.
• Dashcam 4K, kualitinya 4x ganda dari FHD. Lebih jelas.
Tapi kalau boleh cari Dashcam yg boleh rekod frame-rate tinggi (60fps).
Kenapa?
Dengan frame rate lebih tinggi, 'data video' lebih banyak setiap saat. Kita boleh pause video, zoom dan nampak nombor plat walaupun ketika bawa kereta 120km/j.
Majoriti Dashcam blur bila laju.
3. Parking Mode
Ia fungsi boleh rekod ketika kereta parking/berhenti. Banyak Dashcam ada parking mode dengan ciri berbeza.
Ada yang rekod timelapse, rekod motion bila ada benda bergerak atau rekod hentakan/langgar dan sebagainya.
Aku prefer kalau ada hentakan baru rekod.
Beza Dashcam mahal, mereka ada ‘Buffered Parking Mode'.
Maksudnya, ia akan rekod 5-10 saat sebelum hentakan berlaku. Bukan dah kena langgar baru start recording.
Tapi nak guna parking mode, kena Hardwire ke battery kereta. Pastikan boleh adjust voltage (elak battery kong).
4. Extra
Aku ringkaskan features lain yang bezakan antara Dashcam:
• Ada dashcam ko kena tekan rekod setiap kali masuk kereta. Ada yang hidupkan enjin je dia terus record.
• Ada dashcam korang kena keluarkan memory card utk transfer video. Ada yang guna wifi je.
• Ada dashcam yang built-in GPS. Ada yang kena beli device lain. GPS ni dapat tahu exact location kereta, laju kereta dalam video korang.
• Saiz video 4k 1 minit = 300MB. Kalau guna memory card 128GB, 4 jam je dia dah replace video yang mula-mula. Kena bear in mind benda tu.
• Setiap dashcam berbeza Field Of View (FOV) ikut jenama. Ada yang 130’, 150’, 180’ dsb. Makin besar makin luas dan wide pandangan.
• Ada dashcam kita boleh check online guna smartphone. Kita kat ofis, boleh check dashcam kereta yang wife tengah bawa. Tapi kena ada internet.
• Ada dashcam yang ada fungsi tambahan seperti Line Departure warning, ADAS yang alert bila nak langgar kereta depan dan sebagainya. Biasanya yang high-end.
• Bila kita eksiden, ada dashcam boleh lock footage video tu automatic (ada sensor). Jadi video baru takkan replace video tu.
• Kebanyakkan Dashcam boleh set berapa durasi fail setiap video. 1 minit, 3 minit, 5 minit, 10 minit dan sebagainya.
• Maksudnya, bila kita set 3 minit, semua video dalam fail kita durasi 3 minit. Sampailah penuh memory card.
• Pilih memory card paling besar dan high end kalau mampu.
Cadangan Dashcam?
Ikut kemampuan. Tapi kalau boleh cari yang guna capacitor + 4K kualiti video + Boleh rekod depan belakang + ada Parking Mode + Customer Service di Malaysia.
Ada jenama yang bagus di luar negara, tapi tak ada distributor kat Malaysia. Jadi risiko kalau rosak.
Ini jenama yang aku survey November 2019.
• High-End : Thinkware, Blackvue & Vantrue (RM1k ke atas)
• Midrange : Viofo (RM500-RM1000)
• Entry level : Yi Dashcam, Xiomi 70Mai, DDPai (bawah RM500)
Sebaiknya kumpul duit cari yang bagus. Jadi tak perlu tukar/upgrade selalu.
Setakat November 2019, kat Malaysia cuma ada 4 jenama yang dah ada Dashcam 4K.
• Viofo 129 Pro
• BlackVue DR900S
• Thinkware U1000
• Vantrue X4
Banyak Dashcam buatan China yg murah-murah claim ada 4K. Tapi sebenarnya dia cuma upscale/resize kepada 4K.
Kena hati-hati. Kesimpulannya. Dashcam ni dalam kategori ‘Nice To Have’. Bukanlah satu keperluan. Tapi ia sangat membantu jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka ketika memandu. Terutama kepada driver e-hiling (GRAB), teksi dan sebagainya. Ia dapat jadi bukti penting jika berlaku jenayah.
Kredit Gambar: @acaiijawe
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter Faisal Rahim menggunakan akaun Twitter @acaiijawe dan mendapat hampir 12,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com