Personal Experience | Pengalaman Sendiri

#GempakSpot: "Tolong RT Pun Dah Okay" - Gadis Kongsi Perniagaan Gerai Jagung Keluarga Jadi Viral Di Twitter

Gempak Spot
20/01/2020
06:33 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: "Tolong RT Pun Dah Okay" - Gadis Kongsi Perniagaan Gerai Jagung Keluarga Jadi Viral Di Twitter
Perkongsian seorang gadis yang menggunakan akaun Twitter @fyraphobia_ tentang perniagaan gerai jagung ibu dan ayahnya mendapat reaksi positif daripada pengguna laman sosial tersebut. Baca perkongsian beliau.
Aku macam sedih tengok Umi dengan Abah sejak kebelakangan ini. Jual jagung sampai tertidur. Aku tahu aku bukan 'Tweetfemes' tapi aku harap dapat jadi viral. Jagung pun masih banyak lagi. Kedai dekat Kampung Pasir Puteh, Merchang 21610 Marang, Terengganu. Bangsal Jagung 616.
Bangsal jagung ada jual jagung cup, air jagung Umi blend sendiri), madu lebah asli (kawan abah ambil atas pokok). Umi aku selalu bagi percuma jugak jagung kalau orang pertama beli, takpun kalau banyak sangat dia orang beli. Kacang ada jugak. Serius sedap!
Aku tengah taip benda ni sambil menangis lepas tu Umi aku datang tengah sorok muka lagi ni.
Gerai jagung ni menghala Dungun ke Kuala Terengganu. Abah aku kerja bawa lori sawit tapi sawit felda sekarang banyak tebang jadi gaji Abah aku tak banyak. Jadi Umi terpaksa jual jagung tampung belanja adik beradik aku.
Tak ramai sangat beli kat kami sebab kami masih baru lagi berbanding dengan bangsal jagung lain. Dan kami dah hujung-hujung. Jagung tu satu RM2 tapi kadang-kadang Umi bagi je RM5 3 batang. Air jagung RM4. Kacang satu bungkus RM2, kalau 3 bungkus RM5.
Umi mula berniaga dalam pukul 7.30 pagi dah ada jagung sampai pukul 11:00 malam. Terima kasih pada yang retweet. Semoga Allah murahkan rezeki korang jugak!
Pagi abah kerja ambil buah sawit. Balik kerja terus tolong Umi. Umi cakap hari tu jual jagung ni boleh jugaklah buat belanja sikit-sikit. Penat. Dapat untung guna untuk belanja je.
lupa nak bagitahu, bangsal jagung 616 ni betul-betul depan U-Turn 1KM sebelum stesen minyak Shell kalau menghala ke Dungun/Kuantan.
Tapi tadi lagi sedih ada satu kereta berhenti tau. Dia beli jagung dengan kacang. Kereta tu penuh. Lepas tu anak dia turun mintak beli jagung cup guna duit syiling. Duit dia tak cukup RM1. Umi bagi je dia walaupun tak cukup.
Lepas tu Umi cakap ‘Dalam susah-susah kita, ada orang lagi susah’. Tak boleh lupa reaksi budak tu masa tu.
Aku cakap kat Umi aku, aku post. Pastu dia cakap post air jagung (dia tak habis habis dengan air jagung dia buat). Muka umi barai gila bangun awal tiap pagi.
Kredit Gambar: Twitter @fyraphobia_
Kisah ini dikongsi oleh pengguna Twitter menggunakan akaun Twitter @fyraphobia_ dan mendapat lebih 33,000 Retweet. Beberapa ejaan, perkataan dan ayat mungkin diubah suai untuk memudahkan pembaca.
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar