Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Semua | All

#PMTepiKakGee: Nak Bersenam Tapi Takut Pengsan Sebab Puasa... Kalau Tak Exercise, Bertambah Gemuk Pulak!

Gempak Spot 04/05/2020 | 14:51 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee.
Panggil saya Emi. Saya ada satu masalah. Saya nak bersenam, tapi takut pengsan sebab lapar bulan puasa ni.
Tapi kalau tak bersenam nanti saya bertambah gemuk, habislah tak laku sampai ke tua.
Tolong saya Kak Gee, apa perlu saya buat ni?
JAWAPAN:
Salam Emi.
Selamat menjalani ibadah puasa Kak Gee ucapkan kepada Emi dan keluarga, harap-harap tak ponteng ya!
Begini, bagi Kak Gee, pertama sekali kena letakkan fokus di minda Emi yang Emi nak bersenam bukan kerana takut bertambah gemuk atau tak laku sehingga tua.
Sepatutnya, Emi sematkan dalam fikiran yang Emi harus bersenam untuk kekal cergas dan sihat.
Tak kisahlah gemuk atau kurus, berisi atau langsing... Apa yang paling penting, sihat.
Emi kena bersenam untuk kesihatan Emi sendiri, itu paling utama ya!
Bagi Kak Gee, jika Emi takut pengsan ketika bersenam di bulan Ramadan ini, Emi boleh mengikuti nasihat pakar kecergasan.
Lihat sahaja di laman YouTube, banyak jurulatih kecergasan berkongsi video dan tip senaman yang boleh dilakukan ketika berpuasa.
Semestinya semua tip tersebut sesuai dilakukan oleh orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Tapi, apa-apa pun, Kak Gee nasihatkan agar Emi membuat senaman dengan perlahan-lahan dan mengikut kesesuaian tubuh badan Emi.
Jika Emi rasa Emi dah tak larat, berhenti dan rehat.
Ambil sedikit masa dan mulakan semula sesi senaman itu.
Ingat ya, apa yang penting Emi bersenam untuk kekalkan kesihatan kerana itu adalah aspek paling penting yang harus diutamakan!
---
Itu permasalahan Emi, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Senaman #PMTepiKakGee #Kak Gee
;