Gimme The Mic

#GimmeTheMicMY: Adik Tersayang Meninggal Dunia, Bulan Asyraff Reda – “Minggu Kedua Baru Dapat Tahu Buah Pinggang Dia Tinggal 2 Peratus Saja”

Khairil Khusyairi
19/08/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
#GimmeTheMicMY: Adik Tersayang Meninggal Dunia, Bulan Asyraff Reda – “Minggu Kedua Baru Dapat Tahu Buah Pinggang Dia Tinggal 2 Peratus Saja”
Peserta Gimme The Mic Malaysia, Bulan Asyraff bersyukur dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert minggu keempat biarpun masih berduka dengan pemergian adik tersayang Khamis lalu.

Hampir Menangis Atas Pentas

Menurut Bulan Asyraff, dia juga hampir menitiskan air mata di hujung persembahannya itu kerana terkenangkan arwah adiknya.

“Alhamdulillah, minggu ini Allah beri saya benda yang tak disangka. Sebab dengan apa yang menimpa saya dan keluarga ini amat berat dan satu kehilangan buat saya.

“Allah beri saya kekuatan untuk saya buat juga, saya hanya usaha semampu saya dan selebihnya sokongan orang ramai.

“Sebenarnya hujung persembahan saya nak menangis sebab terkenangkan arwah adik saya. Tetapi saya terkejut dan terkesima dengan semua penonton.

“Saya sangat bersyukur dan gembira,” ujarnya usai konsert keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Ahad lalu.

Buah Pinggang Tinggal 2 Peratus

Dalam pada itu, Bulan turut berkongsi momen terakhir dia bersama adiknya itu serta bersyukur semuanya dipermudahkan.

“Dua minggu dia di hospital, jadi dia tak dapat datang tonton persembahan saya. Ketika minggu kedua baru keluarga dapat tahu keadaan buah pinggang dia hanya tinggal 2 peratus saja.

“Sebelum dia meninggal, dia sangat gembira. Syukur saya adalah ahli keluarga yang terakhir dapat jumpa dia, tapi Allah lebih sayangkan dia.

“Dan pada hari sepatutnya dia keluar hospital itu adalah hari arwah pergi selamanya.

“Saya dah tak larat menangis, saya reda tapi sedih,” kongsinya.
Ditanya apakah kata-kata terakhir arwah kepada Bulan, anak kedua daripada empat adik beradik itu berkata, adiknya ingin melihat perjalanan Bulan di Gimme The Mic sehingga konsert akhir.

“Sebenarnya ini adalah impian dan cita-cita arwah, dia cakap pada saya ‘Angah, ramai orang cakap boleh sampai final, Caca pun rasa angah boleh sampai final tau'.

“Saya ambil itu sebagai satu motivasi walaupun ia sangat berat tetapi saya usaha demi keluarga dan semua orang yang sokong saya.
“Saya tak mahu orang kecewa jadi saya usaha, selebihnya Allah beri,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Bulan berkongsi berita duka apabila adiknya iaitu Siti Shakilla Mohd Zamani, 23, telah menghembuskan nafs terakhir di Hospital Selayang pada Khamis malam.

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Adik Tersayang Baru Sahaja Meninggal Dunia, Bulan Asyraff Tetap Akan Perform Malam Ini – “Harap Dapat Kawal Emosi”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Bulan Asyraff, Peserta Gimme The Mic Malaysia Meninggal Dunia - "Ingatkan Gastrik Biasa Tetapi Tidak"

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar