Datanglah sesiapa pun penyanyi baru, nama Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap kekal relevan sehingga hari ini. Malah, beliau kini muncul kembali dengan konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.

Namun satu perkara yang menarik tentang jelajah ini, ia dikatakan bakal diterbitkan sebagai dokumentari dan seterusnya ditayangkan di pawagam.

Menerusi laporan Astro Awani, dokumentari itu membabitkan ketiga-tiga konsert jelajah yang berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur.

Persembahan hebat-hebat!
Jika perkara ini direlalisasikan, maka ia satu lagi pencapaian bagi penyanyi nombor satu ini. Bukan calang-calang guys nak masuk pawagam!

Konsert jelajah itu membuka tirainya di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari lalu dan akan menerusikan perlayarannya ke Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac.

Bagi peminat di Malaysia, mereka akan menyaksikan konsert itu pada 16 Mac di Axiata Arena, Kuala Lumpur.