Tahun 2018 mencatatkan perkembangan yang hebat untuk industri filem tempatan apabila berjaya mengutip kutipan hampir 150 juta.

Bagi tahun 2019 juga, filem-filem tempatan yang dihidangkan tidak juga kurang hebatnya. Enam filem tempatan ini bakal menggegarkan pawagam tidak lama lagi. Apa yang menarik untuk tahun 2019?

1. XXRay 3

Poster filem XXRay 3.

Tarikh Tayangan: 24 Januari 2019
Genre: Fiksyen sains
Pelakon: Izzue Islam, Ardell Aryana, Adam John, Ashraf Muslim, Dazrin Kamarudin, Dato Jalaludin Hassan

Sinopsis: Mengisahkan tiga anak muda, Rayyan, Sam dan Lana dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman.

2. Felina

Tarikh Tayangan: 17 Januari 2019
Genre: Seram
Pelakon: Raja Ilya, Shafiq Jamil, Nur Qistina Raisah, Zaidi Omar.

Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Felina bersama dua rakannya iaitu Adam dan Mutalib baru pulang dari ekspedisi meredah hutan. Dia kemudian dirasuk oleh makhluk halus dan keadaannya semakin teruk. Adam meminta bantuan Tok Rawa untuk mengubatinya, yang mana mereka kemudian merungkai satu muslihat kuasa jahat yang cuba menyembunyikan komplot dahsyat.

3. Bella & Jamie

Tarikh Tayangan: 31 Januari 2019
Genre: Drama
Pelakon: Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar

Sinopsis: Persahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie menjadi lebih rapat selepas mereka mendapat tahu ibu Bella dan bapa Jamie merancang untuk berkahwin. Namun hubungan mereka goyah apabila Bella mendapat tahu yang Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.

4. Misteri Dilaila

Poster filem Misteri Dilaila.

Tarikh Tayangan: Mac 2019
Genre: Seram
Pelakon: Zul Ariffin, Rosyam Nor, Elizabeth Tan, Nam Ron, Mas Khan, Iz Sulaini

Sinopsis: Akan dikemaskini

5. Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal

Filem terbaru Upin & Ipin.

Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019
Genre: Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Pengedar: GSC Movies

Sinopsis: Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka perlu mencari jalan kembali ke Kampung Durian Runtuh selepas keris mistik yang mereka jumpai dalam bilik stor Tok Dalang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah sebuah kerajaan. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu membantu kerajaan itu kembali ke bekas kemuliaannya. Mereka berdepan segala cabaran sepanjang pengembaraan mereka dengan bantuan Mat Jenin, Belalang dan watak-watak lain dari cerita dongeng Malaysia.

6. Sangkar

Tarikh Tayangan: Mei 2019
Genre: Aksi
Pelakon: Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Aman Graseka

Sinopsis:Mengisahkan Adam, yang sibuk berlatih menjadi seorang pejuang MMA. Namun bila ada tragedi berlaku, Adam terpaksa memikirkan pendiriannya sebagai seorang artis bela diri.