Selepas cemerlang dengan filem 'Adiwiraku' pada tahun 2017, filem yang mengangkat tema perguruan ini bakal muncul dengan filem keduanya, 'Adiwiraku 2'.

Adiwiraku.

Jika filem pertama mengisahkan seorang guru bahasa Inggeris, Cikgu Cheryl di sekolah SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah, filem kedua ini bercerita tentang Cikgu Azman, seorang guru sukan di sebuah sekolah di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Menariknya lagi, pelakon yang membawakan watak cikgu Cheryl, Sangeeta Krishnasamy akan menjadi penerbit bagi filem 'Adiwiraku 2'.

Sanggeta sebagai cikgu Cheryl.

Memetik kenyataan Sanggeta di Berita Harian, dia tidak akan berlakon dalam 'Adiwiraku 2', sebaliknya akan bersama pengarah, Jason Chong dan penerbit asal, Eric Ong untuk berada di belakang tabir sepanjang proses pembikinan filem.

Bakal memulakan penggambaran pada Mei dan Jun ini bersempena cuti sekolah, mereka sedang dalam proses mencari pelakon dalam kalangan pelajar dari kampung asal, sama seperti filem yang pertama. Malah, pencarian pelakon yang sesuai untuk membawa karakter Cikgu Azman juga masih berlangsung.

Pelakon asal Adiwiraku.

Adiwiraku 2 bukanlah kesinambungan filem pertama kerana menampilkan jalan cerita baharu yang lebih menyentuh perasaan.

Anda rasa siapa yang layak untuk melakonkan watak Cikgu Azman, seorang guru sukan ini?

Kami nak Hairul Azreen jadi Cikgu Azman.

Bagi pendapat kami, barisan pelakon ini boleh jadi Cikgu Azman.

1. Hairul Azreen

2. Remy Ishak

3. Shaheizy Sam

Terdahulu, filem 'Adiwiraku' cemerlang dengan anugerah Filem Terbaik dan Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29) dan Sangeeta dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.