Francais filem seram, Final Destination akan dibuat semula dan dikatakan lebih banyak nyawa akan melayang!

Filem terbaru Final Destination ini mendapat sentuhan penulis filem Saw, Patrick Melton dan Marcus Dunstan. Kami dapat bayangkan betapa terseksanya semua mangsa akan berdepan dengan kematian masing-masing.

Poster filem dah keluar?

Namun pengeluar filem ini, New Line masih belum mengeluarkan tarikh Final Destination 6 akan berada di pawagam. Barisan pelakon dan pengarah untuk filem terbaru ini juga masih belum didedahkan.

Filem pertamanya yang menampilkan Devon Sawa dan Ali Larter ditayangkan pada tahun 2000 dengan bajet USD23 juta dan memperoleh keuntungan sebanyak USD112 juta di seluruh dunia.

Sekumpulan remaja keluar dari kapal terbang.

Final Destination 2, 3, 4 dan 5 turut mengumpulkan keuntungan sebanyak USD700 juta di seluruh dunia.

Bagi anda yang tidak tahu filem Final Destination, filem pertama ini mengisahkan sekumpulan remaja yang keluar daripada sebuah kapal terbang ekoran seorang rakannya dapat melihat gambaran masa hadapan yang kapal terbang tersebut meletup. Apabila mereka keluar, mereka sangka mereka terlepas daripada maut tapi nampaknya maut mengejar seorang demi seorang, dengan cara yang paling tragik.

Sekual Final Destination juga berkisarkan jalan cerita yang sama, maut mengejar seorang demi seorang sehingga boleh buatkan anda mimpi ngeri.

Filem terakhir Final Destination iaitu yang ke-5 dikeluarkan pada tahun 2014.

Tak sabar kami nak tunggu Final Destination 6, mari imbas kembali lima momen kematian paling tragik pilihan kami sepanjang francais filem ini ditayangkan.

1. Runtuhan jambatan - Final Destination 5

2. Rempuhan roller coaster - Final Destination 3

3. Tersekat pintu lif - Final Destination 2

4. Gimnastik maut - Final Destination 5

5. Pembedahan mata - Final Destination 5