Innovathon Musim 2
INNOVATHON 2: Mampu Tampal Jalan Berlubang Dengan Cepat & Tahan Lama, Inovasi 4 Mix Juara Minggu Ketiga
Kumpulan 4 Mix telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu ketiga program INNOVATHON 2 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Atasi jalan raya berlubang
Menerusi pembentangan, IR. TS. Mohd Hafiz Shafie telah mempersembahkan 4 Mix mampu mengatasi masalah jalan raya berlubang.
4 Mix mampu menampal jalan berlubang dan menyelesaikan masalah dengan cepat iaitu bancuh dan tampal di tempat berlubang.
Bancuhan campuran 4 MIX milline waste dibuat daripada bahan batu kelikir yang dibuang.
Kumpulan 4 Mix ini terdiri daripada Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya, Bagan Datuk, Perak
ARTIKEL BERKAITAN: INNOVATHON 2: Cipta Mesin Yang Bantu Bomba Lakukan Siasatan Awal Sewaktu Bencana, Serai Generation 1 (SG1) Juara Minggu Kedua
ARTIKEL BERKAITAN: INNOVATHON 2: Mampu Besarkan Populasi & Saiz Udang Jantan, Mono-Sex Giant Freshwater Prawn Juara Minggu Pertama
ARTIKEL BERKAITAN: INNOVATHON 2 Tawar Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan Dengan Nilai Terkumpul Sehingga RM1,000,000 Untuk Inovasi Paling Kreatif
Untuk info, INNOVATHON musim kedua menampilkan gandingan dua Menteri Kabinet Malaysia, Menteri Ekonomi, YB Mohd Rafizi Ramli dan juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang sebagai juri tetap serta gandingan bersama juri selebriti Erra Fazira.
Datuk Aznil Hj. Nawawi selaku Mentor Persembahan INNOVATHON sekali lagi akan membimbing dan memberi motivasi kepada semua peserta program ini, manakala Awal Ashari pula akan bergandingan bersama Amelia Handerson sebagai hos.
INNOVATHON merupakan sebuah program realiti tv berteraskan sains, teknologi dan inovasi sebagai platform untuk mengangkat Kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian dan juga penambahbaikkan terhadap isu sosioekonomi semasa.
Telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Content Asia 2024 dalam kategori program realiti original dan/atau Pertandingan Terbaik, INNOVATHON musim 1 telah membuktikan bahawa program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Pencapaian ini menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program yang ilmiah dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi juga di seluruh Asia.
Lebih Istimewa, INNOVATHON pada musim ini turut membabit kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi sebagai usaha mempopularkan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan juga peringkat Universiti.
Program ini juga turut menarik perhatian Asia School Of Business (ASB) untuk menjadi rakan strategik bagi musim kali ini.
Seramai 56 orang peserta telah dipilih menerusi sesi ujibakat, dan bakal bersaing di pentas INNOVATHON dengan memberikan persembahan idea-idea menarik berteraskan sains dan inovasi menerusi siaran selama 8 episod.
Setiap episod bakal menyaksikan kesemua peserta memberikan pembentangan terbaik dalam usaha memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia.
Idea terbaik dari setiap episod akan terpilih untuk mara ke peringkat akhir, dan mereka akan bersaing bagi memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.
INNOVATHON Musim 2 bakal bermula pada 30 November 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) dan RTM saluran TV1 bermula 1 Disember 2024, Ahad.
INNOVATHON Musim 2 juga bakal bersiaran Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413).
Strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.mybagi info lanjut untuk melanggan.