Highlights

1 Jam 20 Minit Naik Helikopter Dari KL Ke Tasik Kenyir – Cara Hairul Raikan Birthday Hanis, Happy Anak-Anak

Afiza Kamarulzaman
14/10/2021
05:09 MYT
Sponsor Banner
1 Jam 20 Minit Naik Helikopter Dari KL Ke Tasik Kenyir – Cara Hairul Raikan Birthday Hanis, Happy Anak-Anak
Wah, ramai teruja dengan cara Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pergi bercuti kali ini. Bukan kaleng-kaleng luar biasa cara mereka berangkat ke Tasik Kenyir. Menaiki helikopter yang disewa khas, kaedah ini dipilih demi keselamatan dan keselesaan keluarganya.
Betul juga dalam keadaan pandemik sekarang, penyebaran virus bukan boleh dilihat dengan mata kasar. Apa lagi dengan membawa anak kecil. Jika berkemampuan, apa salahnya berhabis sedikit untuk nikmati percutian yang tenang dan tidak membimbangkan.
Kebetulan, hari jadi Hanis Zalikha jatuh beberapa hari yang lalu, mungkin percutian ini juga satu cara Hairul meraikan hari penting isterinya itu. Anak-anak pun bukan main teruja dapat keluar bercuti bebas selepas lama duduk berkurung di rumah.
Sampai saja di lapangan terbang, anak sulung mereka, Yusuf Iskandar terus bertanya di mana pantai? Ternyata anak-anak yang lebih ‘excited’. Yang lucunya, anak bongsu mereka Alisa Aisyah tertidur sepanjang penerbangan, bangun awal sangat agaknya.
Apa pun, selamat bercuti kepada mereka sekeluarga. Kita doakan yang baik-baik untuk semua rakyat Malaysia yang sedang dan akan merentas negeri atas pelbagai keperluan. Have fun!
Gambar-gambar yang diambil dari Instagram Hairul dan Hanis:
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar