Highlights
10 Attitude Pengantin Buat EMMA MUSTAFA Pitam – Nak Mekap Macam Artis Tu, Nak Pakai Lens Biru, Ada Mak Cik Bawang...
Emma Mustafa bukan jurusolek biasa-biasa. Pengalaman 22 tahun menyolekkan pengantin dan selebriti menjadikan beliau ‘masak’ dengan industri ini. Tidak kiralah pelanggannya terdiri daripada pengantin biasa, selebriti, VVIP, kerabat atau siapa sahaja.
Jurusolek yang kini berusia 49 tahun ini memulakan kerjaya solekan dengan belajar sendiri, kemudian menimba ilmu di SML College. Emma percaya skil menyolek dan mendandan yang dimilikinya itu hadir sebagai bakat semula jadi dari-Nya. Dia tidak punya ‘tok guru’ khusus kerana gurunya paling utama ialah pengalaman yang digalinya sepanjang masa.
“Saya masih ingat kenangan menyolekkan pengantin di awal penglibatan dalam bidang ini. Saya sanggup naik bas ke Sekinchan dan kemudian berjalan kaki sejauh satu kilometer semata-mata untuk mekapkan pengantin yang menjanjikan bayaran 400 ringgit! Ia pengalaman yang mengajar saya menjadi lebih kuat sehingga ke hari ini.”
Apabila ditanya apakah kunci penting untuk menjadi jurusolek bertahan lama seperti beliau, katanya, “Be yourself and creative! Sentiasa bersedia dengan keadaan sekeliling, jadilah MUA yang punya signatur sendiri, merendah diri tidak rugi dan jangan terlalu kekwat sehingga menjerat diri.”
10 Attitude Pengantin Buat Kebanyakan MUA Hilang Fokus!
- Soal bayaran
- Nak tiru artis
- Tidak boleh duduk diam
4. Sibuk bertanya jenama alat solek
Bukan tidak boleh, cuma dalam masa yang sangat terhad itu, jurusolek pasti mahu fokus dan menyudahkan tugasannya tanpa gangguan dengan pelbagai soalan seperti jenama mekap itu dan ini. Kemudian, minta dijelaskan kualiti dan harga, pasti jenuh jurusolek kena mengingati semua itu.
5. Kanta lekap berwarna
Sewajarnya pengantin tidak perlu kelihatan berbeza dengan gaya semula jadi yang dimiliki. Tidak perlu berubah. Ada pengantin sudah siap sedia dengan kanta mata biru, hijau dan sebagainya yang pelik-pelik dan tidak kena dengan warna asli kulitnya.
6. Ada pengkritik dan juri amatur
Ini bagaikan budaya di kebanyakan majlis kahwin. Bilik pengantin akan menjadi tumpuan saat mereka sedang ditatarias. Maka, muncullah juri-juri dan mak cik bawang daripada kalangan mak-mak saudara, sepupu-sepapat, jiran sebelah rumah yang akan memberi komen tanpa diminta. Gincu tak cukup merahlah, blusher pucatlah, kening haluslah!
7. Ragu-ragu dengan jurusolek
Walaupun dia sendiri yang melantik jurusolek itu tetapi dia sendiri pula tidak yakin dengan kemampuan jurusolek itu. Ada sahaja yang mahu dibidas dan diperbetulkan walaupun mekap belum siap. Kemudian, berlagak tahu segala pasal mekap. Kalau begitu, lebih baik mekap sendiri.
8. Tidak menepati waktu
Kata call time jam lapan pagi. Apabila jurusolek sudah tiba di depan pintu rumah, waktu itulah baru nak mandi, baru terhegeh-hegeh dan bersarapan. Lantas, jurusolek pula kena menunggu lagi sejam untuk mulakan sesi mekap. Apabila masa tidak cukup, mulalah jadi kelam-kabut! Solekan jadi haru-biru.
9. Penjagaan rambut diabaikan
Terutamanya yang mahu mendandan rambut. Ada yang tidak mencuci rambut dari awal dan dikeringkan dengan baik. Tidak kurang juga yang menggunakan perapi berlebihan sehingga menyebabkan rambut jadi berminyak. Susah untuk didandan nanti.
10. Maklumat tidak tepat
Kebanyakan pengantin tidak berbincang betul-betul dengan jurusolek tentang apa tugasan yang mereka mahukan untuk jurusolek lakukan nanti. Informasi yang diberi tidak tepat. Contohnya, tidak maklumkan awal-awal kepada jurusolek yang mereka mahukan khidmat solekan untuk pengantin lelaki juga. Jadi, cakap secara jelas ketika perbincangan dilakukan.