Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

10 Cara Manjakan Suami – Amalkan Selalu Pasti Suami TUNDUK Sayang. Potongkan Kuku, Suapkan, dan....

Afiza Kamarulzaman 14/01/2020 | 13:59 MYT
Potongkan Kuku
Ambil berkat setiap hari Jumaat untuk memotong kuku tangan dan kakinya. Cara ini membuatkan dia rasa begitu dijagai terutamanya bab kebersihan dirinya. Kuku suami yang panjang dan kotor melambangkan ketidak prihatinan seorang isteri terhadap suami dan rumah tangga.
Kredit Foto: Google
Suapkan Makan
Bukan selalu. Sesekali apabila makan berdua atau bersama anak-anak di meja makan, suaplah suami itu menggunakan tanganmu sendiri. Sentuhan dari hujung jari terus ke mulutnya pasti melahirkan rasa sayang dan syahdu. Anak-anak yang melihat pun pasti merasai nikmat kasih-sayang ayah dan ibunya.
Kredit Foto: Google
Cucikan Rambut
Tidak perlu suami mahu ke salun untuk menyuruh ‘amoi-amoi’ kedai mencuci rambutnya jika isteri sendiri mampu melakukannya di rumah. Sekali dalam dua minggu memadai untuk buat suami rasa bagaikan di syurga apabila isteri mencuci dan mengurut-urut kepalanya.
Kredit Foto: Google
Buat Facial di Rumah
Ala, bukan susah! Temgok sahaja DIY facial yang diajar menerusi Youtube. Tidak perlu produk yang mahal-mahal, cukup ada yang asas seperti pencuci, penyegar dan krim muka. Bukan produk itu yang penting tetapi usaha isteri untuk sentiasa dekat dengan suami dan memanjakannya.
Kredit Foto: Google
Urut-urut Badan
Elakkan suami mengunjungi spa atau rumah urut dan meminta orang lain ‘menyegarkan’ badannya. Isteri boleh melakukannya mengikut kemampuan. Setakat gosok-gosokkan minyak panas dan picit-picit seluruh tubuhnya tidak perlu untuk belajar secara profesional pun.
Kredit Foto: Google
Kemaskan Kumisnya
Walaupun kebanyakan lelaki suka bercukur sendiri, namun tidak salah sesekali isteri menawarkan diri untuk melakukannya. Jika suami sudah melakukannya sendiri, bantulah untuk mengemasinya agar terukir lebih sempurna. Cabutkan bulu ketiak suami pun ‘sesuatu’ yang wow tau!
Kredit Foto: Google
Pakaikan Stokin
Ikatkan tali leher itu sudah biasa. Apa kata buat kejutan ketika dia mahu keluar bekerja, kamu pakaikan stokin untuknya. Siapkan kasutnya di hadapan pintu. Pasti dia rasa bagaikan raja yang begitu mudah rutin kehidupanya dengan bantuan isteri yang solehah.
Kredit Foto: Google
Segarkan Bilik Tidur
Bililk tidur adalah bahagian intim di rumah yang seharusnya diberi perhatian lebih. Di situlah lokasi terpencil untuk suami dan isteri memadu asmara dan meluah rasa. Maka, hiasinya sebaik mungkin. Sesekali, taburilah kelopak bunga di atas katil dan nyalakan lilin aromaterapi untuk nuansa romantis.
Kredit Foto: Google
Buatkan Rendaman Air Mandi
Rendaman air panas yang dititiskan minyak pati aromaterapi untuk siraman suami pasti buat dia rasa begitu nyaman dan tenang. Kalau mahu, berendamlah bersamanya. Tiada bath tub di rumah? Errr...mungkin cukup dengan menyediakan air rendaman kaki untuk suami yang baru pulang penat seharian bekerja di luar.
Kredit Foto: Google
Pangku Tidurnya
Sambil menonton televisyen atau membaca buku, rebahkan kepala suami ke pehamu. Atau, sebelum tidur biarkan suami berbaring di atas lenganmu. Sekeras mana pun sikap suami itu pasti suka saat dia dimanjakan oleh isterinya seperti anak kecil. Cubalah!
Kredit Foto: Google
#Suami #Isteri #Manja
;