Highlights
10 Tips Kulit Kepala CLEAR dan Sihat – Buat Yang Berhijab Atau Free Hair Wajib Ambil Tahu!
Cuaca tropika sepanjang tahun di Malaysia boleh menyebabkan peluh dan kotoran tersumbat di liang kulit kepala. Tanpa pembersihan yang sempurna, liang yang tersumbat boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan rambut – menyebabkan kegatalan kulit kepala yang akhirnya mengundang kelemumur.
Kredit Foto: CLEAR
Terdapat banyak cara untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Antara cara yang terbaik adalah dengan menetapkan rutin penjagaan kebersihan rambut dan kulit kepala yang sempurna untuk memastikan ia dalam keadaan benar-benar bersih.
InTrend berkesempatan bertanyakan kepada orang kuat jenama produk penjagaan kulit kepala terunggul dunia, Clear perihal penjagaan kulit kepala. Berikut antara tips asas yang boleh kamu amalkan sebagai rutin penjagaan tetap.
Kredit Foto: CLEAR
10 Tips Penjagaan Kulit Kepala
1. Ketahui jenis kulit kepalamu Seperti kulit wajah, kulit kepala juga terbahagi kepada tiga jenis kulit kepala utama: normal, berminyak dan kering. Kamu perlu tahu jika kulit kepalamu memerlukan lebih hidrasi atau mencari penyelesaian kepada sebum berlebihan bagi memastikan ia tidak menyumbat pori kulit kepala. Pilihlah syampu dan perapi yang dapat membantu memenuhi keperluan kulit kepala.
2. Cuci Rambut Setiap HariKulit kepala mengumpul sejumlah kotoran dan minyak setiap hari terutamanya ketika cuaca panas dan lembap. Jadi, tidak benar jika ada yang kata mencuci rambut setiap hari adalah amalan yang tidak bagus. Pastikan kamu mencuci rambutmu setiap hari untuk memastikannya kekal bersih dan segar.
Kredit Foto: CLEAR
3. Belai dan Manjai Kulit Kepala
Kala bersyampu, jangan lupa untuk urut-urut kulit kepala beberapa minit. Kaedah ini bagus untuk memberi kelegaan dan menggalakkan peredaran darah sekitar kulit kepala. Ia juga membantu kulit kepala lebih bersih dan mengurangkan pori tersumbat.
4. Pemakanan Seimbang
Rambutmu adalah kesinambungan kepada dirimu. Maka, penting untuk kamu menjaga diet agar rambut mendapat nutrien yang diperlukan. Lebihkan pengambilan buah-buahan segar, sayuran hijau dan minum banyak susu. Semua ini baik untuk kesihatan kulit kepala dan rambut.
5. Sisir Selalu Rambut
Memberus atau menyikat rambut dapat membantu minyak kulit kepala dibawa kepada rambut untuk mengelakkan lebihan minyak terkumpul di liang pori. Amalkan menyisir rambut sebelum kamu mula mandi.
Kredit Foto: Google
6. Berlindung dari Sinar UV
Kekerapan terdedah di bawah sinar matahari boleh merosakkan rambut. Selalulah membawa payung untuk melindungi kulit kepala juga wajahmu. Oleslah serum atau pelembap rambut untuk mengelakkannya kering dan rosak.
7. Jauhi Daripada Hujan
Mungkin bagi kamu ia hanyalah air hujan. Mengelakkan hujan hanya kerana dikhuatiri terkena demam. Sebenarnya, hujan juga boleh merosakkan kulit kepala dan rambut. Jadi selalulah memakai payung jika terpaksa meredahinya.
8. Elakkan Pencemaran
Pencemaran udara dan persekitaran boleh menyebabkan kulit kepala menjadi kering dan gatal. Natijahnya, ia turut menjadikan rambut tidak sihat dan kelihatan tidak bermaya. Jadi, peliharalah ia dengan sebaik-baik penjagaan. Cuci dengan teratur dan oleskan produk tambahan sebagai nutrien tambahan.
Kredit Foto: Google
9. Elakkan Kulit Kepala Dalam Keadaan Lembap
Cuaca lembap juga boleh menyebabkan kerosakan rambut dan kulit kepala. Keadaan yang bahang, melekit dan pencemaran akan menjadi wap yang terperangkap dalam kulit kepala dan rambut. Ini kemudian menyebabkan rambut kusut dan tidak mampu bernafas.
10. Pilihlah Syampu yang Sesuai dan Lembut Untuk Kulit Kepala
Pernahkah kamu melalui pengalaman rambut gugur selepas menggunakan sesuatu syampu itu? Ini bermakna syampu tersebut tidak sesuai dengan kulit kepalamu. Cubalah syampu beramuan semula jadi dan bebas kimia.