Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

10 Tips YUNA Berjaya di Negara Orang – “Be inspired by Everything, Hargai Kerja Orang Lain, Luaskan Pengalaman...”

Afiza Kamarulzaman 21/11/2020 | 04:38 MYT
10 Rahsia dan Tips Yuna Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa
  1. Yakin dengan hasil kerja kamu.
  1. Perhatikan juga bagaimana orang lain melakukan kerja.
  1. Aplikasikan amalan menghargai hasil kerja orang lain. Saya misalnya, jika sukakan hasil kerja seseorang itu, saya akan cuba mencarinya dan menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepadanya. Cara ini mampu memberikan energi positif dan memotivasikan diri saya sendiri untuk memberikan yang lebih baik.
  1. Be inspired by everything! Sentiasa peka dengan persekitaran kamu. Kreativiti hadir daripada keprihatinan diri dan apabila kamu melihat keindahan dalam sesuatu itu.
  1. Berkolaborasilah dengan ramai orang tidak kisahlah mereka dari bidang yang sama atau tidak. Adalah sangat penting untuk kita sentiasa menjadi kreatif ya.
  1. Lakukan banyak kajian sama ada menerusi Youtube, blog dan sebagainya. Ia membantu kamu belajar banyak benda dan menambahkan lagi pengetahuan.
  1. Hormati orang lain – tiada tempat untuk mereka yang biadap walau di mana jua!
  1. Bersikap merendah diri kerana kamu tidak semestinya tahu semua benda.
  1. Berdiri teguh dengan pedirianmu. Jika kamu mahukan sesuatu atau nak luahkan sesuatu, berpegang teguh dan percayalah dengan keputusan itu.
  1. Experience is everything. Kamu akan menjadi lebih bagus dengan pengalaman. Tingkatkan pengalaman dengan bekerja dengan orang lain dan keluar mengembara.

A post shared by Y U N A (@yuna)

Apa komen Yuna mengenai kolaborasi Yuna bersama Kotex #SheCan Fund?
“Saya sangat excited! Dengan kolaborasi ini, saya berpeluang berinteraksi dengan peminat sedia ada atau yang baru. Saya sememangnya suka mencipta pengalaman baru bersama mereka. Kotex membuka jalan kepada saya untuk membantu mereka yang memerlukan sedikit galakan untuk mereka pergi lebih jauh dan mencapai apa yang mereka inginkan. Saya sangat gembira bekerjasama dengan jenama yang memperkasakan wanita dan melakukannya untuk jangka masa panjang!”
Mengenai Kotex #SheCan Fund
Kotex baru-baru ini melancarkan rangkaian baharu edisi terhad yang dicipta khusus sempena sambutan 100 tahun kemajuan wanita. Rangkaian edisi terhad ini memaparkan ilustrasi Datuk Nicol David dan Yuna di bungkusan Kotex sebagai pengiktirafan kepada mereka sebagai ikon Malaysia bagi sumbangan yang mereka telah berikan dalam industri masing-masing. Dengan kolaborasi dengan hero Malaysia Datuk Nicol David dan Yuna, Kotex memperkukuhkan komitmen jenama ini terhadap kemajuan wanita melalui #SHECAN Fund.
#SHECAN Fund ini telah ditubuhkan oleh Kotex dengan tujuan untuk memberi inspirasi kepada wanita dan memberikan mereka platform untuk menjadikan cita-cita mereka sebuah realiti, bukan sahaja untuk memperkaya kehidupan mereka tetapi mereka yang berada di sekiling wanita itu sendiri, Dengan kolaborasi ini, Kotex bakal menubuhkan dana tersendiri khusus yang akan didermakan melalui #SHECAN Fund kepada wanita yang berbakat dan layak yang ingin memajukan diri dalam bidang sukan dan muzik.
#SHECAN Fund menawarkan peluang dan platform yang membolehkan wanita muda yang beraspirasi untuk memulakan dan membangunkan kerjaya mereka dalam bidang sukan dan muzik. Dua bakat terpilih akan disediakan dengan rangkaian yang bersesuaian untuk memulakan kerjaya mereka. Peserta digalakkan untuk memaparkan bakat mereka untuk peluang menyertai #SHECAN Fund dengan menghantar video mereka semasa latihan mengikut pilihan bidang sukan atau dengan menyanyi lagu original di platform media sosial mereka dengan kapsyen yang merangkumi mengapa mereka layak terpilih.

A post shared by Y U N A (@yuna)

#Yuna #Selebriti Malaysia #SheCan Fund
;