Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

3 Ilmu PENUNDUK Untuk Suami Kepada Isteri, Jika Diamalkan Isteri Pasti Cair dan Terdidik – Ustazah Norhafizah Musa.

Afiza Kamarulzaman 11/08/2020 | 12:52 MYT
Siapa tidak kenal pendakwah berwajah manis ini, Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa antara ustazah kesayangan ramai. Nasihat dan pedoman yang selalu diberikannya penuh kelembutan dan menusuk ke hati setiap pendengar.
Menerusi satu video yang dikongsikan beliau di Facebook miliknya, penulis tertarik dengan satu tajuk mengenai ilmu penunduk suami kepada isteri. Ia bukanlah ilmu penunduk yang menyimpang dari syariat, tiada kaitan dengan ilmu songsang, sebaliknya ilmu halal yang wajar diamalkan suami.
Ini antara tiga amalan yang jika diamalkan para suami pasti dapat melembutkan hati isteri. Tidak perlu menggunakan cara yang kasar atau salah, hanya perlu diubah cara kita melayani isteri, pasti hatinya menjadi milik suami selama-lamanya.
Kredit Foto: Google
  1. Suami yang mahu isteri tunduk dengannya haruslah terlebih dahulu melunaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tunaikanlah nafkah zahir dan batin, layani isteri sebaik mungkin dan santunilah jiwa raga isteri. Isteri mana yang tidak cair jika suami melayaninya dengan baik dan memahami hatinya. Allah maha mengetahui bagaimana meluruskan tulang yang bengkok. Ya, mungkin ia agak memenatkan tapi percayalah isteri dan anak-anak akan hargainya.
  1. Dalam rumah tangga, nasihat-menasihati amat diperlukan untuk menyuburkan keharmonian. Seorang suami perlulah sentiasa menasihati dengan penuh hikmah. Kurangkan nasihat yang kasar dan berbaur sindiran seperti ayat-ayat, “Kamu nak masuk neraka?” Rasanya kesilapan-kesilapa kecil isteri tidaklah sampai ke tahap itu. Jangan diugut. Cukuplah nasihat lembut yang dapat menyentuh hatinya.
  1. Rajin-rajinlah bagi hadiah. Hadiah itu tak perlu yang mahal-mahal. Salinglah berbagi. Kadang-kadang kita memanglah boleh beli sendiri tetapi usaha dan ingatan pasangan itu yang penting untuk saling kasih-mengasihi. Ustazah sendiri kadang-kadang hanya berikan sebuah album ketika hari jadi suami. Dalam album itu diselitkan sedikit duit. Kenalah kreatif untuk mengambil hati pasangan.
#Suami Isteri #Penunduk #Ustazah Norhafizah Musa
;