Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

“48 Jam ‘Stranded’ Tanpa Sebarang Bantuan Kecuali Roti Dan Gerak Kerja Ehsan Rakyat Sendiri”. – Mangsa Banjir Sri Muda

Huda Hussain 24/12/2021 | 02:45 MYT
Ya, masih belum reda isu banjir walaupun di sesetengah kawasan sekitar Selangor yang teruk terjejas paras air mulai surut. Dan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dengan bantuan NGO, orang persendirian juga banyak lagi entiti lain.
Tragedi banjir besar kali ini yang sehingga artikel ini ditulis telah mengorbankan hampir 50 nyawa. Satu angka yang bukan sedikit jumlahnya. Benar, apa yang berlaku telahpun terjadi. Sudah tertulis, itu pemahaman ringkas yang kita sedia maklum. Tetapi natijahnya apa yang berlaku ini sewajarnya dijadikan pengajaran buat semua. Tindakan dan keputusan segera daripada pihak berwajib dan kerajaan perlu diperhalusi dalam mengendalikan krisis bencana, itu yang disuarakan mangsa banjir.
Menyorot media sosial sejak beberapa hari ini, banyak perkongsian mangsa banjir yang cukup meruntun hati. Dan ini salah satu kronologi yang dikongsikan Nor Faizal Abdul Rahim, mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
INNALILLAHI WAINNA ILAYHIRAJI'UN.
Kami sekeluarga antara yang dipilih bersama ribuan yang lain untuk menjadi mangsa banjir luar biasa 2021 sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam.
17-Dis, Jumaat
------------------------
Hujan sepanjang hari
18-Dis, Sabtu
----------------------
Air mula naik, kawasan rendah dah tenggelam. Flat kami paling tinggi ‘area’ situ ‘so mostly’ penduduk datang park kereta situ. Masing-masing cuba selamatkan kereta masing-masing ‘then’ harap air tak naik sampai kawasan tu. Jalan ke Sri Muda dah mula terputus hubungan. Petang air terus naik, kawasan ‘parking’ air naik paras betis. Bila ‘parking’ paras betis ‘means’ jalan raya dah paras atas pinggang. Jalan dah ‘out’, bot je yang lepas. Masa ni semua dah mula pasrah jika kereta tenggelam.
Kredit Foto: Facebook Nor Faizal Abdul Rahim
7pm – Air terus naik. ‘Out of control’. Dah mula masuk kereta. ‘Ground floor’ (GF) dah mula masuk air. Saya cerita ni flat saya, flat paling tinggi. ‘Means’ flat sekitar mesti berlaku lebih awal. ‘This time’ jugak elektrik ‘and line fon out’. ‘No connection to outside’. So bermula la episod bergelap kami. ‘Main problem’ kat sini sebab ‘no connection’, so memang susah giler nak berhubung. Tak boleh bayang mesti ‘family’ risau giler. Bila ‘no connection’, waktu siang pun terasa malam. Malam lagi lah rasa gelap gelita.
8pm – Kereta dah ‘consider out’ sebab air kawasan ‘parking’ dah paras pinggang, banyak ‘alarm’ kereta ‘start’ berbunyi. Jiran GF dah mula lari ke tingkat atas. Menumpang jiran lain. Geng-geng bujang bawak khemah pacak kat tangga. Bermula juga la malam yang sangat panjang bagi kami | kami just hantar je. Terbaik la diorang ni.
Kredit Foto: Facebook Nor Faizal Abdul Rahim
20-Dis, Isnin
--------------------
Air dah surut sikit. 'Area parking' paras pinggang. Jalan raya paras dada. So dapat la turun tengok kereta. Tengok keadaan. Bot menyelamat terus menerus masuk. Bantuan makanan pun dah ada tapi terhad, penduduk pun ramai kena berebut. Kami yang hanya bertiga ni bagi yang mana perlu dulu lah. Kami okey.
Untuk ‘lunch’ makanan memang ‘limit’, so kami beberapa penduduk ‘decide’ untuk pergi sendiri ke tempat pengagihan bantuan. So berjalan la 2km (return) redah banjir berkaki ayam dalam paras dada. Sampai kat sana berair mata ni bila tengok banyak makanan rupanya, yang basi, yang rosak, yang buang bersepah atas jalan. Jadila kami macam anjing, hidu makanan. Selongkar cari makanan yang okey. Hasilnya agak berbaloi. Nasi roti air semua dapat. Tapi kami rasa kami ‘still’ ok ‘since’ mesti ramai lagi yang teruk. 'Time' tu juga ternampak YB bawah khemah tengah agih 'face mask', ye facemask. Tiba-tiba tekak terasa gatal, so terkahak la depan YB tu. Lantak lah. Maaf la kami mangsa banjir dah tak nampak warna bendera, warna parti, siapa kerajaan, siapa pembangkang. Yang tak berguna layak diludah je.
Kredit Foto: Facebook Nor Faizal Abdul Rahim
Malam tu juga la abang-abang datang bawa bantuan. Kami dah pesan jangan datang ‘since’ kami ok, saya pun masih ada kudrat. Boleh usaha. Air pun masih tinggi. Tapi ‘connection lost’, so semua risau. Mereka sampai jugak akhirnya meredah air masih dalam. Terima kasih. ‘Even’ dah tiga hari, air masih tinggi dan ada kawasan still paras dada.
Berbekalkan tiga ‘laptop’, dapat la cas fon dari hari pertama. ‘Even line’ tak ada kena pastikan fon hidup kot dapat ‘contact’. Malam tu kami tidur bertemankan cahaya lilin. Dah tak bergelap.
21-Dis, Selasa
-----------------------
Dah tiga hari tak hujan. Ada kawasan yang dah kering. Jalan utama paras betis. Dah ramai penduduk yang balik. ‘Decide’ sekali lagi nak redah banjir sebab nak ambil makanan/kelengkapan yang perlu. Sebab memang tak ada ‘plan’ nak keluar dari kawasan banjir pun. Bila sampai kat kawasan pengagihan, memang meriah dah. Ramai NGO dan sukarelawan yqng datang. Artis pun ada, orang-orang penting pun ada. Doktor pun ada, makanan, pakaian, keperluaan asas lain semua ‘tiptop’ lah. Masing-masing turun padang, askar bomba polis semua ada.
Kredit Foto: Facebook Nor Faizal Abdul Rahim
Lepas dapat berita yang abang-abang ipar nak datang, nak bawak keluar ‘since’ rumah ‘still’ tak ada ‘line’ dan elektrik. Ikutkan hati memang tak nak keluar, tak nak susahkan orang. ‘Stay’ sini sekurang-kurangnya dapat tolong agih-agih bantuan. Tapi kesian anak isteri la dah 4 hari bergelap berpanas. ‘Since’ ramai orang pun yang risaukan kami sebab ‘no connection’, kami redah jelah air paras betis 1km bawak anak 20kg untuk ke kawasan kering terdekat. Berat oo...haha, mula-mula anak ‘excited’ nak main air, tapi bila tengok air banjir kotor, macam-macam sampah binatang mati terus tak nak turun. Nasib baik ‘last’ ada bot JPM, dapat la naik. So kami keluar ke Putrajaya. Kereta memang tak boleh masuk. ‘Even’ sekarang pun kereta tak lepas nak masuk sebab air ‘still’ paras betis kat jalan. 4x4 je lepas masuk, tu pun polis hanya benarkan untuk 4x4 misi bantuan je dulu.
Yang isu kes pecah Mydin, speedMart, DIY tu bukan 'penduduk Sri Muda'. Kena guna istilah penjenayah Sri Muda. Kami semua terkesan, tapi sekelumit pun tak terfikir nak mencuri dan merosakkan harta benda orang lain. ‘Mostly’ yang buat tu warga asing yang jahat dan celaka dari benih asal lagi. Mencuri peralatan elektrik, perkakas rumah guna alasan nak teruskan hidup. Nonsense...
22-Dis, Rabu
--------------------
Dapat info, flat masih tiada elektrik/line pun terhad. Ada kawasan yang ‘start’ naik air balik. ‘Hope’ air naik tak tinggi lah.
Kredit Foto: Facebook Nor Faizal Abdul Rahim
Terlalu banyak kisah, pengalaman dan cerita sepanjang musibah ni. Suka dan duka. Tapi keseluruhannya kami OK jika nak banding dengan orang/kawasan lain yang lagi teruk. Kami semua sihat. Hanya kereta yang 'total lost'. Nak banding dengan famili lain ada yang kehilangan nyawa, rumah habis rosak, kereta motor pun habis, anak ramai nak handle. Ujian orang lagi berat dari kami. Belum cerita banjir hulu langat yang air deras. Semoga kita semua mendapat rahmat dari ujian ni. Simpan coretan dan gambar-gambar kt fb untuk kenangan tahun mendatang.
Terima kasih untuk semua yang membantu, yang mendoakan. Semestinya Allah akan membalas jasa baik kalian semua
#Shah Alam #Banjir #Taman Sri Muda
;