Read
5 Ilham Solekan Wajah Tembam — Ini Tips Mekap Bikin Wajah Anda Kelihatan Runcing, Cuba Ini!
Oleh: Afiza Kamarulzaman
1. ADELE
Solekan bersahaja dengan mainan intim kulit. Kontur wajah adalah teknik ‘mesti’ pada sisi luar wajah untuk melangsingkan bentuk wajahnya. Apabila pada sisi wajah sudah diberi shading gelap, cerahkan pusat tengah wajah dengan pantulan warna cerah agar seri wajah tidak tenggelam.
2. CHRISSY METZ
Masalah dagu berlapis perkara biasa hatta buat mereka yang kurus juga. Layangkan contour powder pada bawah lapisan dagu dan rahang wajah untuk terlihat lebih ‘kempis’. Larikan fokus pada bahagian itu dengan sedikit kemampanan pada solekan mata dan bibir, biar ada elemen lain lebih menyerlah.
3. MELISSA MCCARTHY
Menjadikan bibir sebagai titik tumpu solekan wajah adalah helah bijak bagi wajah tembam. Juga, helah menutupkan sisi wajah dengan jatuhan rambut di tepi pipi. Gunakah highlighter pada bahagian tinggi pada wajah untuk kesan dramatik dan mengalihkan pandangan orang pada wajah yang berisi.
4. OCTAVIA SPENCER
Wajah yang lebar sebenarnya buat kamu kelihatan lebih manis, apatah lagi jika tersenyum besar. Bentukkan kontur pipi dengan pemerah pipi rona warm dan balas sedikit dengan warna cool di tengah buah pipi. Pilihan tekstur matte untuk keseluruhan solekan adalah jalan selamat bagi kamu yang tidak mahu kelihatan terlalu galak.
5. REBEL WILSON
Solekan sederhana seperti ini adalah solekan harian yang dapat memberikan seri wajah buatmu. Menggunakan warna-warna tanah dengan seadanya tetapi menerusi tekstur pelbagai seperti kilat dan kemilau. Dipupuk setiap solekan dengan teknik kemas menjadikaan wajah lebih sopan dan minimalis.