Read
5 Makanan SUNNAH dalam Satu Minuman Bijirin yang Perlu Anda Mimum — Sangat Berkhasiat dan Bertenaga!
Oleh: Huda Hussain
LAZAIMNYA tugas para ibu berganda kala memasuki bulan Ramadan. Masakan tidak, pelbagai tugas hakiki perlu disempurnakan sebaik mungkin. Dan salah satu daripadanya adalah menyediakan juadah berbuka dan bersahur.
Hinggakan boleh naik pening kepala dibuatnya. Saban hari pasti persoalan ini bermain dalam fikiran, “Nak masak apa hari ini?” Ya, bukan mudah bagi para ibu mahu melunaskan semua perkara.
Mana lagi mahu menguruskan rumahtangga juga perihal kerjaya (khususnya bagi ibu yang bekerja) semua itu perlu diuruskan sebijaknya.
Memahami kehendak juga dilema yang sering dilalui kaum ibu, jenama keluaran tempatan, Surya melancarkan S Great Grain. Ia adalah formulasi multi-bijirin terbaru.
Produk ini sesuai bagi mereka yang mementingkan aspek kesihatan terutamanya bagi keluarga yang ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat dengan kandungan kebaikan yang diperolehi daripada lima makanan sunnah selain 18 jenis biji-bijian.
KEBAIKAN S Great Grain
Minuman multi-bijirin adalah minuman sihat yang lazimnya dirumus daripada pelbagai bijirin seperti beras merah, beras perang, kacang hijau, jagung, gandum, bijan hitam dan pelbagai jenis kacang serta biji benih.
Multi-bijirin mempunyai set nutrien yang lengkap termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan, menjadikannya pilihan yang tepat lagi terbaik untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan sempurna.
Dengan kombinasi elemen sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitu jintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi minuman bijirn ini mengandungi antara makanan yang paling awal ditanam sejak ribuan tahun lalu.
Makanan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi.
APA KATA PAKAR?
Dilancarkan semasa Majlis Rumah Terbuka Surya, wakil media diberi peluang mencuba kebaikan S Great Grain sambil beramah mesra dengan Wany Hasrita yang turut diundang pada majlis tersebut.
Turut hadir, Perunding Diet, Nurul Aziah Musa, yang berkongsi pengetahuannya tentang manfaat menggunakan makanan multi-bijirin dan sunnah.
"Oat beta glucan dalam minuman multi-bijirin membantu dalam pengurusan berat badan yang ideal menyebabkan pengguna berasa kenyang, sekali gus memperlahankan kadar pemakanan dan pencernaan.
Memandangkan ia juga berfungsi untuk menstabilkan tekanan darah dan kolesterol, ia membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, makanan multi-bijirin juga membantu mengimbangi paras glukosa darah, sekali gus mengawal kepekaan insulin, manakala kandungan serat yang tinggi meningkatkan process pencernaan dan mengurangkan risiko sembelit," ujar Nurul Aziah Musa.
Justeru, tidak syak lagi ia adalah alternatif dan solusi terbaik buat para ibu yang ingin memberikan hanya yang terbaik kepada anak-anak dan seisi keluarga memperoleh memanfaat S Great Grain.
Lengkap dengan nutrien yang diperlukan tubuh sepanjang berpuasa, ia sekali gus membekalkan tenaga kepada anak-anak terutamanya mereka yang baru mencuba untuk berpuasa.
Dalam masa sama, tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian boleh diseimbangkan.
Dapatkan Surya S Great Grain di kedai-kedai Watsons dan farmasi seluruh Malaysia dengan dua variasi iaitu pek atau kotak yang mengandungi 15 sacet pada harga RM39.90.