Read

5 Tips Penting Jika Mahu Rambut BERKILAU & SIHAT — Mustika Ratu Boleh Bantu Anda, Selamat Mencuba!

Public Anonymous User
09/01/2019
09:16 MYT
Sponsor Banner
5 Tips Penting Jika Mahu Rambut BERKILAU & SIHAT — Mustika Ratu Boleh Bantu Anda, Selamat Mencuba!

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia

PELBAGAI masalah rambut dihadapi wanita hari ini. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah rambut gugur, rosak dan tidak bermaya adalah akibat daripada perubahan hormon, stress, pengambilan makanan yang tidak seimbang, kurangnya penjagaan rapi atau terlalu banyak melakukan rawatan menggunakan bahan kimia tanpa disusuli dengan rawatan sewajarnya.
Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik tidak cukup sekadar mencucinya. Seperti kulit muka, rambut juga mendambakan perawatan ekstra dan bukan sekadar syampu.

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia

Inilah 5 azimat Mustika Ratu:
1. Pelembut Rambut Bilasan Santan
Ia dirumus daripada santan kelapa asli bersama aroma jeruk dan vitamin E, menjadikan rambut mudah disisir, lebih sihat bercahaya.
2. Masker Cem Ceman Akar Wangi
Masker ini menghilangkan kelemumur dan merawat akar rambut agar ia lebih kuat dan sihat. Selepas menyapukannya ke serata rambut, bungkus rambut selama 10 minit sebelum dibilas bersih.

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia

3. Penyubur Rambut
Ramuannya terdiri daripada daun kina, urang-aring dan oxygen complex untuk membantu merangsang pertumbuhan rambut, menguatkan akarnya dan menyalurkan nutrisi. Kandungan climbazole pula mencegah kelemumur dan kegatalan kulit kepala.
4. Minyak Rambut Cem-Ceman Murni
Adunannya minyak kelapa asli bersama daun berkhasiat dan rempah wangi untuk mengilaukan rambut, melewatkan kewujudan uban lalu menguatkan akar rambut. Ia perlu digosok pada kulit kepala dan rambut sebelum tidur atau sejam sebelum mencucinya.
5. Syampu Bayam
Diperkaya dengan air sari daum bayam (Amaranthus Hybridus) dan Trichogen Liposomes untuk mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan akarnya.

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia

Dilayan Bak Tuan Puteri
Taman Sari Royal Heritage Spa diasaskan oleh Dr BRA Mooryati Soedibyo. Siapa tidak kenal beliau yang mesra dipanggil Ibu Mooryati yang sudah lama memajukan jenama Mustika Ratu ini?
Beliau yang merupakan seorang puteri Keraton Jawa, Yogjakarta, sangat handal mengenai perawatan kecantikan alami berasaskan sumber semula jadi herba-herba dari tanah seberang.
Namun, selari dengan lanjutan modenisasi, Dr BRA Mooryati menggabungkan resepi kecantikan tradisional yang diamalkan di Istana Kraton bersama teknologi terkini yang dapat memberikan hasil kecantikan luar biasa.
Terdapat banyak rawatan kecantikan yang boleh didapati di sini. Antaranya urutan, lulur, foot bath, mandian herba, bertangas, rawatan wajah, rambut, kuku, dan pelbagai lagi rawatan memanjakan diri yang unik dan menenangkan.
Menariknya juga, spa ini menyediakan beberapa pakej istimewa pada kadar berpatutan. Antara pakej yang wajar untuk kamu pertimbangkan adalah seperti rawatan Stress Reduction yang mampu memberi kelegaan pada fizikal dan mental.
Inilah masanya untuk tubuhmu berehat saat ia dibelai sempurna oleh pakar terapi terlatih.

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia

Stress Reduction’
Rawatan yang berlangsung selama dua jam ini memberikan kesan sentuhan yang bermanfaat pada tubuh badan yang lelah. Rawatan terdiri daripada langkah-langkah ini:
  • Rendaman dan skrub kaki
  • Basic relaxation
  • Javanese massage
  • Masker
  • Merapi Volcano Mud Body Wrap/Seaweed Mask
  • Hot Blanket

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar