Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Ada Yang Kata Ibu Beranak CZER Tak Real Jadi Ibu, What?! – Ayda Jebat Minta Doa Yang Baik, Jangan Negatif

Afiza Kamarulzaman 28/08/2021 | 07:57 MYT
Baru-baru ini, Ayda Jebat dan suami mengadakan baby shower secara virtual bersama teman-teman rapat. Dan, ramai yang masih berteka-teki sama ada bayi akan lahir tidak lama lagi itu lelaki atau perempuan?
Biarlah rahsia buat masa ini, sehingga sampai hari kelahiran nanti pasti Ayda dan suami berkongsi jantina anak pertama mreka itu.
Dalam pada itu, dalam muatnaik terbarunya, Ayda mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan dan doa-doa yang baik kepada mereka.
Namun, yang tidak enak dibaca adalah apabila Ayda turut berkongi bahawa ada terbaca di ruangan komen dan DM netizen memberi pandangan negatif perihal ibu yang beranak secara pembedahan atau caesarean.
“Saya baca ramai yang dm & comment dekat few page, yang kata ‘Czer? Tak real la jadi ibu’ ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’ ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’ ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi. Saya taknak comment about that. I’m here to spread positivity,” tulisnya.
Buat ibu-ibu yang melalui prosedur czer ini, Ayda menasihatkan mereka untuk jaga kesihatan dan keselamatan diri dan bayi. Janga berasa malu atau stres sehingg ada yang terpaksa merahsiakan perkara tersebut kerana bimbang diperlekehkan atau dihukum.
Dan kepada para pengomen pula, Ayda berharap mereka dapat berhenti menyebarkan perkara negatif seperti itu dan mohon doakan yang baik-baik. Para ibu perlukan sokongan dan bukan cemuhan.
“Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember… YOU’RE STILL A MOTHER. REAL ONE. No matter what,” akhirinya.

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

#Ayda Jebat #Beranak #Nabil Mahir
;