Highlights

Adakala Isteri Tak Minta Lebih, Dapat Pergi Pasar Malam, Makan Cendol Dengan Suami Pun Dah BAHAGIA.

Afiza Kamarulzaman
24/08/2020
04:37 MYT
Sponsor Banner
Adakala Isteri Tak Minta Lebih, Dapat Pergi Pasar Malam, Makan Cendol Dengan Suami Pun Dah BAHAGIA.
Sikap isteri ini adakala memang mengelirukan – maklumlah banyak perubahan hormon berlaku setiap bulan. Namun, sebagai suami apalah sangat dilayankan sekali-sekala. Tidak terbanding dengan pengorbanan suri hatimu itu yang membanting tulang dan jiwa raganya dalam memastikan seisi rumahnya dalam keadaan sempurna.
Untuk memuaskan hati seorang isterinya bukanlah sukar jika suami benar-benar faham keainginannya. Hati isteri sangat lembut dan ‘mudah pecah’, sekeras mana pun perbuatan suami kepadanya, lambat-laun akan dilupakannya juga demi kasih-sayang yang sudah sebati dalam diri.
Ketika isteri merajuk atau marah, isteri bukanlah mahukan suami menangis-nangis, merayu-rayu meminta maaf yang keterlaluan pun. Atau, terus membawanya bercuti ke Paris sebagai tanda minta maaf. Atau mengharapkan sehamparan intan berlian untuk memujuk hati. Apa yang dimahukan seorang isteri waktu itu hanyalah perhatian dan masa berkualiti bersama suaminya.
Kredit Foto: Google
Sibuk Cari Rezeki, Jangan Sampai Lupa Isteri
Benar, mencari rezeki dan nafkah itu memang tanggungjawab seorang suami. Ada suami memberi alasan tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada isteri dek mahu memenuhi semua keperluan dan kehendak isteri. Jika tidak, siapa yang mahu membayar suami hutang-piutang dan membeli keperluan?
Namun, tidak semua isteri mahu kekayaan dan kemewahan semata-mata. Berapa ramai isteri yang ditaburi kemewahan suami, hatinya tetap derita dan kemurungan? Berapa ramai antara isteri-isteri orang berharta tetap mencari keseronokan di luar lantaran suami yang tidak tahu mengimbangi masa antara rumah tangga dan kerjaya.
Nah, di sinilah pentingnya keseimbangan nafkah zahir dan batin itu ditunaikan sebaiknya. Batin itu bukan bermakna layanan seks semata-mata tetapi juga makanan rohani dan jiwanya. Bagaimana menyantuni para isteri, membelainya, meluangkan masa untuk mendengar luahan hati atau mungkin menjadi teman berbual dan bergurau.
Kredit Foto: Google
Seminggu Sekali Luangkan Masa Berkualiti
Rancanglah aktiviti santai yang tidak menuntut banyak masamu dan boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu perancangan rumit. Kadang-kadang, isteri bukanlah mahu bulan dan bintang pun daripada suaminya, tapi cukuplah dia dapat ‘meminjam’ suaminya untuk seketika daripada semua tuntutan di luar sana.
Sesekali, dia mahu rasa yang dia ada suami dan dia tahu yang suami ada untuknya. Sedih bukan apabila isteri melihat wanita lain mampu bersama melakukan aktiviti santai bersama suami di hujung minggu, sedangkan dia ke sana ke sini seorang diri. Apa agaknya aktiviti ‘simple’ yang boleh dilakukan buat isteri tersenyum bahagia?
Aktiviti Paling Mudah Untuk Buat Isteri Tersenyum
  • Order makanan luar dan jamahlah bersama-sama sambil menonton movie kegemaran kamu bersama
  • Jogging atau berjalan-jalan santai di taman rekreasi pada waktu pagi atau petang selepas pulang bekerja
  • Pada hujung minggu bawalah isteri window shopping atau makan-makan di mall, walaupun bukan untuk membeli-belah, isteri dapat pegang tangan suami jalan-jalan pun dah seronok
  • Ke pasar malam? Mengapa tidak. Pasti isteri seronok dapat membei jagug rebus dan air soya sambil makan berjalan-jalan bersama suaminya
  • Sesekali, temanilah isteri membeli barang dapur. Dapat juga kamu tahu keperluan dan harga barang mentah sekarang ini
  • Ke panggung wayang menonton filem terbaru? Lagilah hati isteri berbunga-bunga dan tak mungkin menolak
  • Tolong isteri buat kerja rumah? Pasti kamulah lelaki yang paling disanjunginya! Alah, setakat tolong masuk baju dalam mesin basuh atau lap meja makan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar