Highlights

Adik-Beradik Kena Ada BONDING TIME Walau Semua Dah Berkeluarga – Erat Hubungan, Tiada Rasa Tepinggir.

Afiza Kamarulzaman
29/02/2020
03:28 MYT
Sponsor Banner
Adik-Beradik Kena Ada BONDING TIME Walau Semua Dah Berkeluarga – Erat Hubungan, Tiada Rasa Tepinggir.
Kak Long, Abang Angah, Acik, Anjang dan Ucu; kita semua adik-beradik yang lahir daripada rahim Ibu yang sama dan dibesarkan oleh Ayah yang satu. Kita habiskan masa di sebuah rumah, berkongsi makan dan mium juga aktiviti serupa. Kita dididik dan dibesarkan dengan gaya tidak banyak beza. Kalau dulu, selalu berlanggar bahu, bertentang mata dan bergelak-tawa tanpa perlu sukatan waktu.
Namun, kini setelah semua membawa diri melangkah keluar dari rumah itu, kenapa sukar benar untuk kita bertemu? Masa sentiasa mencemburui dek alasan sibuk kerja, komitmen keluarga, pemisah jarak dan pelbagai lagi jurang yang semakin hari semakin dalam. Walau namanya adik-beradik, tetapi hubungan kita tidak lagi seperti dulu, kemesraan semakin tawar, saat bertemu kita bagaikan tersegan-silu seperti orang luar. Inilah puncanya apabila memori kian pudar dan bertanya khabar pun sudah tak biasa.
Kredit Foto: IG Nora Danish
‘Bonding Time’ Cara Terbaik Merapatkan Hubungan
Hanya inilah cara terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Walau dihambat waktu yang sangat mencemburui, usahakanlah untuk meluangkan sedikit waktu berkualiti bersama keluarga yang disayangi, yang tidak mungkin dapat dicari-ganti. Ingatlah, ajal dan usia seseorang itu juga tidak dapat diramal selama mana, rebut peluang saat adik-beradik masa ada agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Dalam sesebuah keluarga pasti ada adik-beradik yang jenis pasif dan tidak pandai untuk memulakan sesuatu aktiviti atau rancangan. Wakilkanlah diri sendiri untuk ‘memulakan’. Jadilah organiser yang sudi untuk merancang aktiviti bersama keluarga itu walaupun mungkin kamu akan rasa ‘asyik aku je’. Tidak mengapa, anggap saja inilah amal jariah untuk kamu sebagai penguat silarutahim. Mana tahu, nanti Tuhan beri rezeki yang lain sebagai ganjaran. Jangan hanya tunggu orang lain yang mulakan.
Masanya Bertanya Khabar Secara ‘Real’
Ya, inilah juga antara masanya untuk bertanya khabar adik-beradik yang lain. Benar, zaman sekarang ada macam-macam cara untuk berhubungan melalui media sosial, aplikasi Whatsapp, Video Call dan sebagainya, namun ia tidak akan sama dengan dapat bersua mata, bersalaman, berpeluk dan bercium sesama adik-beradik. Ini masa terbaik untuk meluahkan segala perasaan secara ‘real’. Bukan sekadar bertukar emoji di alam maya.
Di sinilah peluangnya untuk bertanya khabar adik-beradik yang bermasalah, kurang sihat atau tidak berkemampuan. Apabila ini berlaku, soal ada yang terasa hati atau terpinggir dapat dielakkan. Hubungan dieratkan dan semakin mesra walau jarak memisahkan. Kita juga dapat mengetahui perkembangan terkini keluarga yang lain; anak-anak saudara, ipar-duai dan yang lain-lainnya. Masanya juga dapat berkongsi pendapat dan bertukar-tukar buah fikiran.
Jika ada sesuatu isu timbul dalam keluarga, bermesyuaratlah tempat terbaik mendapatkan kata sepakat. Contohnya hal penjagaan ibu ayah, adik-adik yang mahu menyambung pengajian atau pembahagian harta pusaka sebagai contoh. Ia lebih telus dan berkesan daripada membincangkannya di alam maya sahaja. Dari sini juga, kita dapat melihat reaksi sebenar adik-beradik jika sesuatu permasalahan timbul.
Saranan ‘Bonding Time’ Yang Menarik
  1. Family’s Day
-ini antara aktiviti yang selalu dilakukan oleh kebanyakan keluarga. Siap ada yang menempah baju seragam dan penginapan dan sebagainya.
  1. Makan-Makan Keluarga
-sama ada makan di rumah dengan cara memasak gotong-royong atau makan di luar. Tidak kisah asalkan sahaja dapat mengumpulkan semua anggota.
  1. Berkenduri-Kendara
-kenduri atau majlis tertentu adalah tempat yang selalu menghimpunkan anggota keluarga. Namun, ia mungkin agak terhad untuk berbual apabila dihadiri oleh tetamu lain juga.
  1. Hang Out
-jika tiada masa untuk diperuntukkan dengan percutian yang berhari-hari, hang out untuk beberapa jam di kafe atau lokasi riadah juga sudah memadai untuk menyemai kemesraan.
  1. Picnic atau Berkelah
-memang seronok jika sesekali dapat berkelah dengan adik-beradik. Buat barbeque atau steamboat di tepi air terjun atau taman rekreasi, pasti menggamit nostalgia.
  1. Membeli-belah
-ini pastinya untuk adik-beradik perempuan yang berkongsi minat yang sama. Mengapa tidak? Yang berkemampuan mungkin boleh belanja adik-beradik yang tidak berapa ada.
  1. Solat Jemaah
-inilah bonding time yang terbaik sebenarnya. Solat jemaah beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa dan yasin, pasti tenang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar